Connect with us

Terkini

Dulu babi kini ayam pula ‘ganggu’ penduduk Kampung Tanjung Sepat

Lebih 3,000 penduduk Kampung Tanjung Sepat di sini merayu pihak berwajib campur tangan dan membatalkan projek pembinaan ladang ternakan ayam.

Wartawan TMT

Published

on

Dulu babi kini ayam pula ‘ganggu’ penduduk Kampung Tanjung Sepat
Foto: Sumber Utusan Malaysia.
  • Lebih 3,000 penduduk Kampung Tanjung Sepat rayu pihak berwajib campur tangan dan membatalkan projek pembinaan ladang ternakan ayam.
  • Ketika ini penduduk kampung itu serta kampung sekitar cukup tertekan dengan pencemaran bau dan alam sekitar ekoran ladang ternakan babi.
  • “Kesan terhadap penduduk amat besar terutama sekali masalah penyakit seperti selesema burung selain pembiakan lalat.” – Bekas Ketua Kampung Tanjung Sepat.
  • Mereka tidak setuju projek pembinaan ladang ternakan berikutan jaraknya terlalu hampir dengan rumah penduduk, Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Sepat, Sekolah Rendah Agama Tanjung Sepat, Klinik Kesihatan Tanjung Sepat serta sebuah tahfiz.
  • “Kami rayu Jawatankuasa Tindakan Daerah ambil tindakan sebaik mungkin kerana kawasan ini dikatakan masih tanah pertanian dan kami tengok papan tanda pun tiada, buatlah tindakan segera dan batalkan projek ini.”

SEPANG – Lebih 3,000 penduduk Kampung Tanjung Sepat di sini merayu pihak berwajib campur tangan dan membatalkan projek pembinaan ladang ternakan ayam.

Bekas Ketua Kampung Tanjung Sepat, Farouk Amron, 74, berkata, ketika ini penduduk kampung itu serta kampung sekitar sudah cukup tertekan dengan masalah pencemaran bau dan alam sekitar ekoran ladang ternakan babi yang terletak di bawah Mukim Batu.

Menurutnya, jika ditambah dengan projek pembinaan ladang baharu itu, kehidupan penduduk akan menjadi semakin tertekan.

“Kesan terhadap penduduk akan jadi amat besar terutama sekali masalah penyakit seperti selesema burung selain pembiakan lalat.

“Kami mahu menghirup udara yang nyaman dan hidup dalam keadaan selesa, bukan bau busuk reban ayam,” kata­nya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Terdahulu, 30 penduduk kampung berhimpun di hadapan tapak projek pembinaan ladang ternakan ayam itu sambil membawa sepanduk bagi menyatakan bantahan.

Penduduk kampung ber­kenaan tidak bersetuju dengan projek pembinaan ladang ternakan itu berikutan jaraknya terlalu hampir dengan rumah penduduk, Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Sepat, Sekolah Rendah Agama Tanjung Sepat, Klinik Kesihatan Tanjung Sepat serta sebuah tahfiz.

Farouk turut meminta kerjasama daripada Jawatankuasa Tindakan Daerah (JKTD) untuk mengambil tindakan dan menyelesaikan isu berkenaan.

“Saya difahamkan penternakan ayam ini sama seperti di Kampung Kundang dan mereka nak buat satu lagi malah lebih besar di Tanjung Sepat.

“Mereka mahu jadikan Tanjung Sepat ini seolah-olah tong sampah sedangkan murid dari empat kampung sekitar semuanya bersekolah di sini termasuk sekolah agama.

“Jadi, kami rayu agar JKTD dapat ambil tindakan sebaik mungkin kerana kawasan ini dikatakan masih tanah pertanian dan kami tengok papan tanda pun tiada, buatlah tindakan segera dan batalkan projek ini,” katanya.

Tambahnya, hampir ke­semua kampung yang berada berhampiran Tanjung Sepat mempunyai ladang ternakan babi seperti di Kampung Tanjung Layang, Kampung Gadong, Kampung Batu Untung dan Kampung Tumbuk. – UTUSAN

Sumber: Utusan

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending