Connect with us

Terkini

‘Calon atas 70 tahun, terpalit kes janganlah bertanding PRU15’

Suka ataupun tidak, hakikatnya tiada parti politik yang boleh menang bersendirian dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Wartawan TMT

Published

on

‘Calon atas 70 tahun, terpalit kes janganlah bertanding PRU15’
Foto: Pemerhati politik, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Ridhuan Tee ingatkan pemimpin UMNO terpalit, sama ada telah terbukti, sedang dibicarakan, sudah dibuktikan atau belum, jangan bertanding dalam PRU15.
  • “Risikonya amat tinggi untuk menang. Katakanlah jika menang, ditakdirkan dibuktikan bersalah nanti, sudah tentu kelayakan sebagai wakil rakyat akan hilang. Akan berlaku pilihan raya kecil pula.” 
  • “Calon sudah melepasi umur 70 tahun, cukuplah. Bagilah muka baharu, takut-takut nanti, selepas menang, meninggal pula, pilihan raya kecil lagi.” –  pemerhati politik
  • Mana-mana parti politik Melayu Islam jangan memusuhi parti sesama saudara dan seagama, sebaliknya cuba bersangka baik dan berhikmah.

BANGI, 27 Rabiulawal 1444H, Isnin – Suka ataupun tidak, hakikatnya tiada parti politik yang boleh menang bersendirian dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bahkan tahap keyakinan tinggi mana sekalipun, setiap parti memerlukan parti yang lain.

Justeru, pemerhati politik, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengingatkan mana-mana parti politik Melayu Islam tidak terlalu memusuhi parti sesama saudara dan seagama, sebaliknya cuba bersangka baik dan berhikmah.

“Ingatan saya kepada UMNO dan PAS, berhentilah menyerang antara satu sama lain. Siapa musuh sebenar? Jika musuh sebenar itu adalah PH, serang PH, tak payahlah serang sesama sendiri.

“Buatlah strategi. Ingat, kamu semua ini sebangsa seagama, satu kiblat. Jauh macam mana pun, buat haji dan umrah, bertembung juga.

“Sama jugalah dengan PAS, Bersatu dan GTA, musuh sebenar ini siapa. Jika bukan UMNO, maknanya PH. Fokuslah serang PH. PH bertubi-tubi menyerangkan musuh mereka. Pelik UMNO, PAS dan GTA menyerang sesama sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta UMNO meletakkan kepentingan diri di tepi dan mula berfikir untuk agama, bangsa dan negara.

“Sekarang bukan macam dulu, boleh sorok-sorok pekung. Hari ini pekung semua orang dah tahu. Mereka akan bertindak melalui undi,” katanya.

Pada masa sama, Ridhuan Tee mengingatkan pemimpin UMNO yang terpalit, sama ada telah terbukti, sedang dibicarakan, sudah dibuktikan atau belum, janganlah bertanding dalam PRU15.

“Risikonya amat tinggi untuk menang. Katakanlah jika menang, ditakdirkan dibuktikan bersalah nanti, sudah tentu kelayakan sebagai wakil rakyat akan hilang. Akan berlaku pilihan raya kecil pula.

“Begitu juga calon yang sudah melepasi umur 70 tahun, cukuplah. Bagilah muka baharu, takut-takut nanti, selepas menang, meninggal pula, pilihan raya kecil lagi,” katanya.

Sumber: Ismaweb

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending