Connect with us

Terkini

Bersatu tidak tumpang populariti PAS

Pemimpin Bersatu menepis tanggapan liar kononnya parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu “menumpang”populariti PAS dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Wartawan TMT

Published

on

Bersatu tidak tumpang populariti PAS
Foto: Tan Sri Muhyiddin Yassin.
  • Pemimpin Bersatu menepis tanggapan liar kononnya parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu “menumpang”populariti PAS dalam menghadapi PRU15.
  • Bersatu dan PAS “saling memerlukan” dan “saling melengkapi. -Mohd Redzuan Yusof (Parlimen Alor Gajah)
  • Usia PAS 60 tahun berbanding dengan Bersatu enam tahun. Namun PAS mahu bersama dengan prinsip Bersatu dari sudut mahu maju ke depan.
  • Prinsip Bersatu untuk tidak mencampuri urusan penghakiman mahkamah melibatkan pemimpin korup daripada parti tertentu, semakin memancing perhatian pengundi.
  • “Kita ada berbagai orang yang kita nampak boleh membawa kepada kebaikan pada negara.” -Bekas menteri pembangunan usahawan.

PETALING JAYA: Pemimpin Bersatu menepis tanggapan liar kononnya parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu “menumpang”populariti PAS dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Mohd Redzuan Yusof, yang juga penyandang kerusi Parlimen Alor Gajah sebaliknya berkata, Bersatu dan PAS “saling memerlukan” dan “saling melengkapi”.

“Menumpang itu keras sikit bunyinya. Cuma kita keduanya berkongsi prinsip. Kita melengkapkan masing-masing. PAS memang akar umbinya dah lama. Sama umur dengan Umno. Bersatu baru (berusia) enam tahun.

“Ya, kita mesti ada sikit pergantungan kepada akar umbi mereka, 60 tahun (usia PAS) berbanding dengan enam tahun (Bersatu). (Tetapi) nampaknya jelas mereka (PAS) mahu bersama dengan prinsip Bersatu dari sudut mahu maju ke depan,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, PAS mengumumkan memilih untuk bersama Bersatu membentuk PN bagi menghadapi PRU15, sekaligus menolak ajakan Umno/BN untuk bersama mereka.

Redzuan berkata, bilangan ahli Bersatu semakin bertambah walaupun tidak seramai ahli PAS, dan sehingga kini Bersatu mempunyai kira-kira 700,000 ahli

Malah katanya, prinsip Bersatu untuk tidak mencampuri urusan penghakiman mahkamah melibatkan pemimpin korup daripada parti tertentu, semakin memancing perhatian pengundi.

Bekas menteri pembangunan usahawan dan koperasi itu berkata, Bersatu menawarkan golongan profesional, sementara pemimpin PAS membawa faktor Islamik dan nilai-nilai yang baik untuk mengukuhkan PN.

“Mungkin Bersatu lemah dari sudut tarbiah yang diamalkan PAS. Contoh, saya boleh keluarkan hadis, tapi saya bukan pakar. Jadi saya akan panggil ustaz-ustaz pakar tarbiah dan ini akan menyokong benda-benda baik yang kita nak laksanakan.

“Kita ada institusi mahkamah. Kita ada siasatan dan sebagainya. Tapi bayangkan kalau itu didendangkan dengan hadis dan al-Quran, ini boleh mengubah (persepsi orang) ‘eh, ini benda betul lah’. Sebab kita diajar oleh Islam (dari kecil),” katanya.

Bersatu juga memiliki barisan kepimpinan yang berkaliber selain Muhyiddin untuk membawa parti berjalan seiring dengan PAS dalam PN.

“Kita ada Datuk Seri Hamzah yang berpengalaman dalam politik yang gerakkan pembentukan kerajaan PN ketika itu. Kita ada Datuk Seri Azmin Ali yang ada pengalaman sebagai menteri besar. Kita ada Wan Ahmad Fayhsal (Wan Ahmad Kamal) dan Nurul Fadzilah.

“Kita ada berbagai orang yang kita nampak boleh membawa kepada kebaikan pada negara”, kata Redzuan yang yakin Bersatu tidak akan lenyap selepas PRU15, seperti didakwa seteru politiknya.Bersatu, PAS, PN, PRU15, Mohd Redzuan Yusof, Umno, BN

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending