Connect with us

Terkini

“Anwar Ibrahim dibenarkan berkempen dari penjara sedangkan Najib Razak tidak?” – Apek Cina

“Anwar bagi statement kempen dari penjara okey, bagus! Najib nak keluar kenyataan tak boleh, mana keadilan? Parti pun nama keadilan. Tapi mana keadilan kamu?”

Wartawan TMT

Published

on

“Anwar Ibrahim dibenarkan berkempen dari penjara sedangkan Najib Razak tidak?” - Apek Cina
Foto: Apek Cina atau nama sebenarnya Tai Zee How.
  • Apek Cina yang juga seorang peguam mempersoalkan keadilan di atas tindakan tersebut ekoran pada 2015 Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan berkempen dari penjara sedangkan Najib Razak tidak.
  • Beliau menjelaskan pihak penjara ketika ini dibawah seliaan KDN di mana ia juga terkait dengan parti Perikatan Pasional (PN). 
  • Beliau mendakwa PN telah tulis surat kepada Yang-Dipertuan Agong bagi menyatakan mereka tidak sehaluan dengan perdana menteri.
  • So ini PN yang tak bagi. PH mana pergi?Bersih mana pergi? Anwar bagi statement kempen dari penjara okey, bagus! Najib nak keluar kenyataan tak boleh, mana keadilan? Parti pun nama keadilan, tapi mana keadilan kamu?”
  • Jika PH tidak keluarkan kenyataan menempelak tindakan PN dan menyokong Najib Razak dibenarkan keluar kenyataan dari dalam penjara, Apek Cina menyifatkan parti itu hipokrit dan tidak adil.
  • Kenyataan itu dikeluarkan menerusi Facebook Ulasan Apek Cina pada Khamis.
  • Anak perempuan Najib Razak, Nooryana Najwa turut persoalkan mengapa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim boleh berkempen pilihan raya ketika berada di dalam penjara pada 2015, namun bapanya tidak dibenarkan berbuat demikian.

KUALA LUMPUR – “Anwar bagi statement kempen dari penjara okey, bagus! Najib nak keluar kenyataan tak boleh, mana keadilan? Parti pun nama keadilan. Tapi mana keadilan kamu?”

Itu antara persoalan dikemukakan Apek Cina atau nama sebenarnya Tai Zee How menerusi hantaran di Facebook beliau, pada Khamis berikutan semalam Jabatan Penjara memaklumkan bahawa Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang, Selangor tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan.

Mengulas berkenaan itu, pemilik akaun yang juga seorang peguam mempersoalkan keadilan di atas tindakan tersebut ekoran pada 2015 Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan berkempen dari penjara sedangkan Najib Razak tidak.

Beliau menjelaskan bahawa pihak penjara ketika ini dibawah seliaan Kementerian Dalam Negeri di mana ia juga terkait dengan parti Perikatan Pasional (PN). Susulan itu juga, beliau mendakwa PN telah menulis surat kepada Yang-Dipertuan Agong bagi menyatakan mereka tidak sehaluan dengan perdana menteri.

Berikutan itu, beliau melihat tindakan larangan tersebut seolah ia berpunca daripada Perikatan Nasional, justeru beliau mempersoalkan di manakah pula peranan PH dan Bersih dalam situasi ini.

So ini PN yang tak bagi. PH mana pergi?Bersih mana pergi?”

Anwar bagi statement kempen dari penjara okey, bagus! Najib nak keluar kenyataan tak boleh, mana keadilan? Parti pun nama keadilan, tapi mana keadilan kamu?

Diam sahaja! Sebab nama dia Najib Razak dia bukan manusia dia tak ada hak? Sebab dia Anwar Ibrahim dia ada hak?”katanya menerusi hantaran Facebook dalam video berdurasi satu minit 28 saat.

Tegasnya, jika Pakatan Harapan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan untuk menempelak tindakan Perikatan Nasional dan menyokong Najib Razak dibenarkan mengeluarkan kenyataan dari dalam penjara, ia menyifatkan parti dipengerusi Ketua Pembangkang itu sebagai hipokrit dan tidak adil.

You all are not keadilan at all. You are all a hipokrit! Itulah pandangan saya,” kata beliau. 

Pada masa sama, anak perempuan bekas perdana menteri Najib Razak, Nooryana Najwa turut mempersoalkan mengapa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim boleh berkempen untuk pilihan raya ketika berada di dalam penjara, namun bapanya tidak dibenarkan berbuat demikian.

Menerusi satu hantaran di Instagram, beliau mempersoalkan adakah disebabkan bapanya bernama Najib, menyebabkan beliau dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan, termasuk berkaitan pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Semalam dalam hantaran tersebut, Nooryana juga memuat naik tangkapan layar petikan berita pada 2015 mengenai Anwar, yang menyampaikan mesej melalui peguamnya Latheefa Koya, agar rakyat mengundi PKR dan calonnya ketika itu, Wan Azizah Wan Ismail.

Pada 2015, Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sebelum ini, media melaporkan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan termasuk perkara-perkara berkaitan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ia dipetik daripada kenyataan Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Supri Hashim yang menjelaskan bahawa banduan-banduan yang sedang menjalani hukuman penjara termasuk bekas Perdana Menteri keenam itu tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan.

Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengesahkan sabitan dan hukuman ke atasnya dalam kes membabitkan dana SRC International.

Sumber : Facebook Ulasan Apek Cina, Instagram @yananajib

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending