Connect with us

Terkini

Video rakaman percakapan Bella dimainkan di mahkamah secara tertutup

Video rakaman percakapan remaja perempuan Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella di Pusat Temuduga Kanak-Kanak dimainkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Wartawan TMT

Published

on

Video rakaman percakapan Bella dimainkan di mahkamah secara tertutup
Foto: Bella hadir di Mahkamah hari ini untuk sesi pengecaman oleh tiga saksi dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda, sumber Bernama.
  • Video rakaman percakapan remaja Sindrom Down, Bella dimainkan di Mahkamah Sesyen hari ini.
  • Sebelum video itu dimainkan, peguam yang mewakili Siti Bainun memohon agar galeri awam dikosongkan memandangkan Bella adalah kanak-kanak bawah umur dan dilindungi di bawah Seksyen 6 Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007.
  • Hakim Izralizam Sanusi membenarkan permohonan itu dan mengarahkan hanya pihak pendakwaan, pembelaan, peguam pemerhati dan tertuduh berada di dalam mahkamah.
  • Video itu memaparkan, Bella ditemu bual oleh pegawai polis dari Bahagian Siasatan Seksual, Wanita, Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah.

KUALA LUMPUR – Video rakaman percakapan remaja perempuan Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella di Pusat Temuduga Kanak-Kanak dimainkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Video itu memaparkan remaja berusia 13 tahun itu, yang didakwa diabai dan didera pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, ditemu bual oleh pegawai polis dari Bahagian Siasatan Seksual, Wanita, Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah selepas diselamatkan dari sebuah kondominium milik tertuduh di Wangsa Maju pada 12 Julai 2021.

Bagaimanapun sebelum video itu ditayangkan, peguam Nur A’minahtul Mardiah Md Nor yang mewakili Siti Bainun memohon agar galeri awam dikosongkan memandangkan Bella adalah kanak-kanak bawah umur dan dilindungi di bawah Seksyen 6 Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007.

Hakim Izralizam Sanusi membenarkan permohonan itu dan mengarahkan hanya pihak pendakwaan, pembelaan, peguam pemerhati dan tertuduh berada di dalam mahkamah.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad memaklumkan bahawa saksi yang dijadual memberi keterangan hari ini iaitu pakar psikiatrik yang mengendalikan kes Bella tidak dapat hadir kerana terbabit dengan sesi pembentangan lain berkaitan kepakarannya.

“Pendakwaan mempunyai lima lagi saksi termasuk seorang pakar psikiatrik, seorang doktor perubatan, dua pegawai penyiasat dan Bella sendiri. Saksi selepas pakar psikiatrik adalah Bella. Pakar psikiatrik perlu membantu mahkamah memahami ketidakupayaan dan keterbatasan intelektual Bella.

“Pakar itu boleh beri contoh soalan yang boleh dikemukakan kepada Bella. Kami berpendirian Bella hanya boleh dipanggil selepas pakar psikiatri beri keterangan,” katanya.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung 21 September ini. 

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending