Antarabangsa
“Bahasa Cina tidak mesra wanita” – Guru Bahasa Mandarin di China
Pendedahan itu dibuat menerusi video dimuat naik akaun Instagram @leoyangdiary yang juga seorang guru Bahasa Mandarin dari Kunming, Yunnan, China.
![[VIDEO] Benarkah bahasa Mandarin rendahkan wanita?](https://themerdekatimes.com/wp-content/uploads/2022/09/video-benarkah-bahasa-mandarin-rendahkan-wanita.jpg)
CHINA – Bahasa cina tidak mesra wanita.
Pendedahan itu dibuat menerusi video dimuat naik akaun Instagram @leoyangdiary yang juga seorang guru Bahasa Mandarin dari Kunming, Yunnan, China.
Video berdurasi 51 saat itu memaparkan beliau menulis beberapa karakter (perkataan) yang digabungkan dan membawa maksud tertentu.
Katanya, terdapat satu karakter yang membawa maksud wanita, namun ia sebenarnya terhasil daripada gambaran seorang wanita sedang melutut.
Antara gabungan karakter lain yang membawa makna berbeza ialah karakter ‘wanita(女)’ digabungkan dengan karakter ‘kuda(马)’ ia akan berubah menjadi makna ‘ibu(妈)’.
Jika kita diteliti, ia seolah-olah menyamakan wanita dengan haiwan.
Terdapat juga gabungan karakter yang menunjukkan karakter ‘wanita(女)’ digabungkan dengan karakter ‘hilang akal(昏)’, menjadikannya sebagai ‘berkahwin(婚)’.
Menurut guru itu, terdapat banyak perkataan yang bermaksud negatif dan berunsur radikal hasil gabungan karakter ’wanita(女)‘ dengan karakter yang lain. Contohnya, perkataan hamba(奴), syaitan(妖), cemburu(妒)dan jalang(婊).
Sumber : Instagram @leoyangdiary
Antarabangsa
Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

- Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
- Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia.
- Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
- Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.
NEW YORK – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia itu.
Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
Pentas itu juga pertama kali menemukan Zelensky dengan wakil Russia, yang dilihat tidak berminat mengikuti ucapan pemimpin Ukraine itu, sebaliknya lebih menumpukan perhatian di telefon pintarnya.
Sehubungan itu, Zelensky menggesa PBB mengadakan undian bagi menamatkan kuasa veto Russia dalam UNSC.
Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.
Zelensky berkata langkah terbabit berupaya menjadi antara reformasi di UNSC, termasuk memberi status perwakilan tetap kepada negara membangun lain.
Sumber: Buletin TV3
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah