Connect with us

Terkini

Polis cari lelaki buat adegan tidak senonoh dalam surau

Polis giat mengesan dua lelaki yang melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam sebuah surau di daerah ini.

Wartawan TMT

Published

on

Polis cari lelaki buat adegan tidak senonoh dalam surau
Foto: Tangkapan skrin dari video tersebut.
  • Polis giat mengesan dua lelaki yang melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam sebuah surau di daerah ini.
  • “Berdasarkan laporan yang dibuat bilal dia menyatakan melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan dua orang lelaki tempatan telah melakukan aksi tidak senonoh.
  • Berdasarkan rakaman itu, salah seorang daripada lelaki itu dilihat meraba rakan lelakinya dan mencium.
  • Siasatan sedang dijalankan bagi mengesan pelaku dalam rakaman CCTV terbabit.

KUALA LANGAT – Polis giat mengesan dua lelaki yang melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam sebuah surau di daerah ini.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, satu laporan polis mengenai kejadian itu telah diterima pihaknya kira-kira jam 9.07 malam pada Rabu.

“Berdasarkan laporan yang dibuat oleh bilal berusia 54 tahun itu, dia menyatakan telah melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan dua orang lelaki tempatan telah melakukan aksi tidak senonoh.

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengesan pelaku dalam rakaman CCTV terbabit,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan kelucahan melampau di tempat awam yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun jika sabit salah.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai pelaku di dalam kes ini diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Norhidayah Mohd di talian 017-4055363 atau 03-31872222 bagi membantu siasatan.

Pada Rabu, tular di media sosial satu rakaman CCTV berdurasi satu minit 49 saat tindakan melampau dua lelaki berkelakuan sumbang di dalam sebuah surau.

Berdasarkan rakaman itu, salah seorang daripada lelaki itu dilihat meraba rakan lelakinya dan mencium.

Sumber: Sinar Harian 

 

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Terkini

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai

Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Hidayah Sani

Published

on

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai
Foto: Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral.
  • Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp)  membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.
  • Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan  pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.
  • “Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.
  • “Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

KUALA LUMPUR — Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata anugerah itu berjaya mewujudkan perspektif kecemerlangan dengan mencapai satu tanda aras kualiti tinggi.

Beliau berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.

“Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, SME Corp. Malaysia akan menjemput PMKS yang layak untuk menyertai Anugerah E50 pada tahun ini, iaitu syarikat-syarikat yang telah menerima penarafan 4-Bintang dan 5-Bintang di bawah Program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan atau SCORE.

“Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.

“Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang turut mengucapkan syabas ke atas SME Corp. Malaysia kerana berjaya menganjurkan program itu secara berterusan sejak 1997.

Bagi tahun ini, syarikat ingin menyertainya perlu mengemukakan pencalonan mereka secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan Insentif PMKS (MyBPI) sebelum tarikh tutup pada 30 Jun 2024.

Syarat kelayakan Anugerah E50 adalah memenuhi definisi PMKS dan diperbadankan di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 40 peratus ekuiti tempatan; mendapat penarafan empat dan lima bintang di bawah SCORE; tidak disenaraikan di Bursa Malaysia; mempunyai penyata kewangan beraudit tiga tahun terkini dan anak syarikat tidak layak jika syarikat induk mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Anugerah E50, boleh layari laman sesawang www.e50.com.my. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending