Connect with us

Antarabangsa

‘Lindungi generasi anda’, laung peserta himpunan anti-LGBTQ di Istanbul, Turkiye

Beratus-ratus penunjuk perasaan berkumpul pada Ahad lalu bagi perarakan anti-LGBTQ di Istanbul, bandar di mana demonstrasi pro-LGBTQ diharamkan selama bertahun-tahun. 

Wartawan TMT

Published

on

‘Lindungi generasi anda’, laung peserta himpunan anti-LGBTQ di Istanbul, Turkiye
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Beratus-ratus penunjuk perasaan berkumpul pada Ahad lalu bagi perarakan anti-LGBTQ di Istanbul.
  • Kumpulan agama, konservatif dan kumpulan haluan kanan menganjurkan protes di kawasan kejiranan Fatih itu ke atas apa yang mereka dakwa sebagai peningkatan ancaman terhadap nilai tradisional di Turkiye yang dicetuskan kelompok LGBTQ. 
  • Penunjuk perasaan memegang sepanduk dengan tulisan “lindungi keluarga anda dan generasi anda” dan “katakan tidak kepada projek masyarakat berasaskan tanpa jantina”.
  • Homoseksualiti adalah sah di Turkiye sejak abad ke-19 dan terdapat beberapa selebriti LGBTQ popular di negara itu, namun ia tidak diterima secara meluas masyarakat Turkiye.

ISTANBUL – Beratus-ratus penunjuk perasaan berkumpul pada Ahad lalu bagi perarakan anti-LGBTQ di Istanbul, bandar di mana demonstrasi pro-LGBTQ diharamkan selama bertahun-tahun. 

Kumpulan agama, konservatif dan kumpulan haluan kanan menganjurkan protes di kawasan kejiranan Fatih itu ke atas apa yang mereka dakwa sebagai peningkatan ancaman terhadap nilai tradisional di Turkiye yang dicetuskan kelompok LGBTQ. 

Penunjuk perasaan memegang sepanduk dengan tulisan “lindungi keluarga anda dan generasi anda” dan “katakan tidak kepada projek masyarakat berasaskan tanpa jantina,” demikian lapor Middle East Eye.

Kumpulan hak asasi bagaimanapun mengecam demonstrasi itu dan keputusan Majlis Tertinggi Radio dan Televisyen Turkiye membenarkan penyiaran iklan yang menyokong protes itu atas alasan “kepentingan awam”. 

Iklan itu dihasilkan Unity in Ideas dan Struggle Platform, sebuah kumpulan 150 NGO berhaluan kanan, dan menyiarkan gambar daripada perhimpunan Pride ketika narator menyeru mereka yang menentang “pelobi imperialis dan global yang mahu menghapuskan gender, mengurangkan generasi manusia dan memusnahkan unit keluarga”.

Parti berhaluan kiri, Parti Demokrasi Rakyat (HDP) dan Parti Pekerja Turkiye (TIP), masing-masing parti ketiga dan keenam terbesar di Parlimen, kedua-duanya mengeluarkan kecaman terhadap perarakan itu dengan HDP menuduh penganjur cuba mendapatkan “laba politik daripada jenayah kebencian”. 

Walaupun homoseksualiti adalah sah di Turkiye sejak abad ke-19 dan terdapat beberapa selebriti LGBTQ popular di negara itu, namun ia tidak diterima secara meluas masyarakat di Turkiye.

Sejak berkuasa pada 2002, Kerajaan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang memerintah Turkiye juga menyokong agenda konservatif dan sebilangan ahli politiknya sering menentang homoseksualiti.

Sumber: Middle East Eye

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending