Connect with us

Komuniti

Cubaan normalisasi jenayah memikat isteri orang, satu lagi agenda liberal! – peguam

Seorang bekas anggota polis memfailkan permohonan bagi mendapatkan deklarasi bahawa kesalahan memikat wanita yang sudah berkahwin dengan niat melakukan persetubuhan terlarang adalah bercanggah dengan Perlembagaan.

Wartawan TMT

Published

on

Cubaan normalisasi jenayah memikat isteri orang, satu lagi agenda liberal! - peguam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang bekas anggota polis fail permohonan mendapatkan deklarasi kesalahan memikat wanita yang sudah berkahwin dengan niat melakukan persetubuhan terlarang adalah bercanggah dengan Perlembagaan.
  • “Sangat menggusarkan apabila jenayah memikat seorang isteri yang masih bersuami cuba dinormalisasikan sebagai satu pelanggaran terhadap kebebasan peribadi dan pencabulan hak asasi dan diskriminasi terhadap lelaki.” – Pengerusi I-Peguam Mohd Luttfi Abdul Khalid 
  • Ia dilihat sebagai satu usaha menjayakan agenda liberal dan menormalisasikan perbuatan memporak-perandakan ikatan perkahwinan dan institusi kekeluargaan. 
  • “Kita menaruh harapan tinggi mahkamah dan sistem kehakiman negara menolak permohonan toksik di atas demi memelihara tunjang akhlak yang dihayati oleh masyarakat selama ini.”

KUALA LUMPUR – Seorang bekas anggota polis memfailkan permohonan bagi mendapatkan deklarasi bahawa kesalahan memikat wanita yang sudah berkahwin dengan niat melakukan persetubuhan terlarang adalah bercanggah dengan Perlembagaan.

Berikutan itu, Pengerusi I-Peguam Mohd Luttfi Abdul Khalid berkata satu hal yang sangat menggusarkan apabila jenayah memikat seorang isteri yang masih bersuami cuba dinormalisasikan sebagai satu pelanggaran terhadap kebebasan peribadi dan pencabulan hak asasi dan diskriminasi terhadap lelaki.

“Bagaimanakah keadaan sebuah institusi rumahtangga nanti apabila mana-mana orang asing atau pihak ketiga begitu gampang cuba merosakkan keharmonian rumahtangga sepasang suami isteri dengan rasa tidak bersalah atau berdosa?”ujarnya menerusi hantaran di Facebook I-Peguam.

Mengulas lanjut, Mohd Lutfi menjelaskan bahawa Seksyen 498 Kanun Keseksaan memperuntukkan barang siapa membawa atau memikat pergi mana-mana perempuan yang menjadi dan yang dia ketahui, atau ada sebab mempercayai, sebagai isteri mana-mana lelaki lain, daripada lelaki itu, atau daripada mana-mana orang yang bertanggungan menjaga perempuan itu bagi pihak lelaki itu, dengan niat supaya perempuan itu boleh melakukan persetubuhan yang ditegah dengan mana-mana orang, atau barang siapa menyembunyikan, atau menahan dengan niat itu seseorang perempuan tersebut, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua­ duanya.

Bagaimanapun, bekas anggota polis itu mendakwa peruntukan bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan itu melanggar Perkara 5(1) dan 8(1) dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Menurut Mohd Lutfi, alasan bekas anggota polis itu mudah iaitu Seksyen 498 Kanun Keseksaan itu kononnya menyekat kebebasan peribadinya dan hanya mendiskriminasikan lelaki.

“Peruntukan Perlembagaan yang digunakan sebagai hujah sokongan ialah Perkara 5 (1) dan 8 (1) Perlembagaan Persekutuan; Perkara 5. Kebebasan diri.

(1) Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang.

Perkara 8. Kesamarataan.

(1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.”

Mengulas berkenaan kenyataan itu, Mohd Lutfi berpandangan mesej tersirat yang ingin disampaikan melalui permohonan tersebut (sekiranya berjaya) ialah tidak mengapa bagi seseorang lelaki cuba merosakkan hubungan sepasang suami isteri.

Bahkan,  tidak mengapa kalau lelaki tersebut “meruntuhkan” institusi keluarga yang terhormat, tidak mengapa mempermainkan maruah seorang wanita bergelar isteri dan tidak mengapa melakukan jenayah mensasarkan isteri orang kerana perbuatan tersebut akan dilindungi undang-undang.

Tambahnya, dalam keadaan segelintir masyarakat (termasuk umat Islam) semakin galak mencabar kedaulatan Syari’at Islam dan melonggarkan ikatan-ikatan Islam dari tubuh umat dan bangsa, kita kini berhadapan dengan satu lagi percubaan untuk melakukan jenayah terhadap wanita dengan berselindung di sebalik hujah songsang hak asasi, kebebasan dan diskriminasi terhadap diri si penjenayah tersebut.

“Kita bimbang sekiranya mahkamah membenarkan rayuan untuk menormalisasikan perbuatan jenayah atas hujah hak asasi dan kebebasan individu serta diskriminasi, maka tidak ada lagi yang akan menghalang 1001 perbuatan-perbuatan yang diklasifikasikan sebagai jenayah dari diterima sebagai sesuatu normal bagi masyarakat dan rakyat,” katanya pada Selasa susulan rayuan berkenaannya telah difailkan ke mahkamah.

Jelasnya, dunia barat telah menghalalkan perbuatan liwat, seks dengan binatang, pembedahan/penukaran jantina, zina secara terang-terangan, penukaran agama secara bebas malah ada yang telah memaksakan pembelajaran seks sejak peringkat tadika lagi.

Justeru, beliau mempersoalkan adakah kita bersedia melemparkan sistem nilai, budaya, jati diri dan kerangka pemikiran Islam/ketimuran kita hanya untuk memuaskan kehendak segelintir individu yang terlalu kemaruk dengan amalan-amalan bertunjangkan ideologi kufur, hawa nafsu dan sistem nilai kehaiwanan bertopengkan hak asasi dan kebebasan individu?

Katanya, “Sebelum ini umat Islam telah digemparkan dengan percubaan bertali arus untuk menormalisasikan amalan LGBT, murtad dan seumpamanya yang didokong oleh aktivis-aktivis hak asasi dan penggerak fahaman liberal. 

Gerakan ini tidak segan silu cuba memaksakan agenda mereka secara halus melalui sistem slogan kesamarataan dan kebebasan yang kononnya diiktiraf oleh Perlembagaan.”

Berikutan itu beliau turut melihat, rayuan dibuat bekas anggota polis itu sebagai satu lagi usaha untuk menjayakan agenda liberal dan menormalisasikan perbuatan memporak-perandakan ikatan perkahwinan dan institusi kekeluargaan. 

Menurut beliau, permohonan sebegitu sudah semestinya akan dialu-alukan oleh golongan yang tidak mahu negara atau undang-undang campur tangan untuk menyekat kebebasan melakukan jenayah.

Tegasnya, “Kita menaruh harapan yang tinggi supaya mahkamah dan sistem kehakiman negara menolak permohonan toksik di atas demi memelihara tunjang akhlak yang dihayati oleh masyarakat selama ini.”

Sumber : Facebook I-Peguam

Author

Komuniti

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong

Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Hanani Zulkifli

Published

on

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong
Foto: Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung (kiri), & Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri (kanan hujung).
  • Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.
  • Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
  • Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     
  • “Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.
  • “Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

KUALA LUMPUR – Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     

“Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.

“Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

Firdaus Wong berkata sahabatnya itu berkelayakan jurusan pengajian Islam dari Universiti Maghribi dan sangat aktif dalam bidang dakwah, khususnya penulisan dalam bidang hadis, maqasid syariah dan sejarah Islam.

Malah, katanya, Mohd Fikri telah menghasilkan lebih 20 buku dan pernah menjadi kolumnis dalam beberapa majalah.

“Namun hasratnya untuk meneruskan usaha dakwah itu terhenti disebabkan penyakit yang dialaminya,” kata Firdaus Wong. 

Mana-mana pihak ingin membantu usaha dakwah dan kebajikan MRM, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun MAYBANK 5648 1052 0353 (Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor). — The Merdeka Times

Sumber:  Facebook

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending