Terkini
‘Bella sebut nama ‘Benon’ bila doktor tanya siapa buat’
Cili dan panas. Itu antara perkataan yang disebut remaja Sindrom Down dikenali Bella ketika temu bual bersama Pakar Psikiatri di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini, pada September tahun lalu.

- Cili dan panas. Itu antara perkataan yang disebut remaja Sindrom Down dikenali Bella ketika temu bual bersama Pakar Psikiatri di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini, pada September tahun lalu.
- Hanya sedikit saja Bella jawab, antaranya di rumah Bella pandai buat apa? Bella menjawab lipat baju, jemur baju, kemas barang, mengemop, menyapu, buat air. Kemudian saya tanya Bella pandai buat air panas ke sejuk dan Bella buat gesture (isyarat) kepada saya tunjuk tangan diikat serta cakap panas. Dia buat secara sukarela tanpa diminta berbuat demikian. Kami tanya siapa buat Bella dan dia sebut nama ‘Benon’. – Dr Wan Asyikin.
- Susah nak jawab dia faham atau tidak. Pada awalnya dia tak jawab soalan saya jadi susah nak kata sama ada dia faham ke tak. Apabila saya tanya dia jawab Benon, selain buat pergerakan dan tunjuk mata guna perkataan cili. – Dr Wan Asyikin.
KUALA LUMPUR: Cili dan panas. Itu antara perkataan yang disebut remaja Sindrom Down dikenali Bella ketika temu bual bersama Pakar Psikiatri di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini, pada September tahun lalu.
Perkara itu dimaklumkan saksi pendakwaan ke-17, Pakar Psikiatri Hospital Selayang, Dr Wan Asyikin Wan Azlan ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Wan Asyikin yang ketika itu bertugas di Hospital Tunku Azizah memaklumkan Bella turut membuat pergerakan tangan seperti diikat selain menggosok matanya.
Nor Azizah: Doktor (Wan Asyikin) kata buat mental state examination (pemeriksaan keadaan mental), ada Doktor melihat keadaan Bella pada waktu itu dan apa pemerhatian Doktor?
Dr Wan Asyikin: Pada asalnya sangat pemalu hanya berpaut kepada Puan Hidayah (Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan enggan berkomunikasi dengan saya serta dua lagi individu. Saya keluarkan kertas lukisan dan pewarna, Bella berminat dan setuju duduk di meja kecil di dalam bilik saya untuk mewarna bersama saya sambil saya tanya soalan kasual.
Nor Azizah: Adakah Bella boleh jawab?
Dr Wan Asyikin: Pada asalnya Bella tak jawab, hanya senyum dan terus mewarna. Kemudian saya bertanya mengenai keadaan Bella di rumah dan dia jawab boleh lakukan beberapa aktiviti. Bella sedikit pelat dan jawab satu patah saja tanpa struktur ayat.
Nor Azizah: Bella boleh berinteraksi atau tidak?
Dr Wan Asyikin: Selepas membina hubungan dengannya, dia boleh berinteraksi dengan saya tetapi perlu diingatkan penggunaan perkataan Bella adalah terhad iaitu menggunakan satu patah sahaja.
Nor Azizah: Doktor katakan Doktor ada membina hubungan dengan Bella dahulu, Kenapa perlu buat begitu?
Dr Wan Asyikin: Saya perlu membina sedikit hubungan dengan pesakit kerana seperti kanak-kanak secara asasnya takut apabila berjumpa doktor. Disebabkan Bella pemalu jadi saya gunakan mewarna untuk buat hubungan dan bercakap dengannya.
Nor Azizah: Doktor mengatakan ada bertanya keadaan Bella, jadi apa jawapannya?
Dr Wan Asyikin: Hanya sedikit saja Bella jawab, antaranya di rumah Bella pandai buat apa? Bella menjawab lipat baju, jemur baju, kemas barang, mengemop, menyapu, buat air. Kemudian saya tanya Bella pandai buat air panas ke sejuk dan Bella buat gesture (isyarat) kepada saya tunjuk tangan diikat serta cakap panas. Dia buat secara sukarela tanpa diminta berbuat demikian. Kami tanya siapa buat Bella dan dia sebut nama ‘Benon’.
Nor Azizah: Setakat mana Bella faham soalan Doktor?
Dr Wan Asyikin: Susah nak jawab dia faham atau tidak. Pada awalnya dia tak jawab soalan saya jadi susah nak kata sama ada dia faham ke tak. Apabila saya tanya dia jawab Benon, selain buat pergerakan dan tunjuk mata guna perkataan cili.
Pada masa sama, saksi itu turut memberitahu ada bertanya dua soalan kepada Bella iaitu adakah dia mahu berjumpa dengan Siti Bainun dan hendak balik ke Rumah Bonda, Bella menggelengkan kepala.
Menurut saksi itu biarpun Bella menjawab apa yang ditanya, remaja itu mempunyai ketidakupayaan intelektual.
Bagaimanapun, katanya, Bella masih boleh menguruskan diri sendiri dan bersosial.
Sementara itu semasa disoal balas oleh peguam Nur A’minahtul Mardiah Md Nor, saksi itu bersetuju dengan cadangan peguam bahawa beliau tidak pernah melihat Bella menguruskan diri sendiri selain tidak pernah berjumpa dengan Siti Bainun.
Selain itu, saksi turut bersetuju dengan cadangan peguam bahawa tiada keterangan daripada Bella menyebut perkataan ‘disimbah’ atau ‘simbah’.
Siti Bainun Ahd Razali, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung esok.
Sumber : Berita Harian
Terkini
PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.

- Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.
- Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
- Beliau turut mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India.
KUALA LUMPUR — Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.
Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat yang dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
Ini susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
“Sesungguhnya, jawapan tersebut amatlah bersifat lebih untuk meraih populariti dan terlalu berpolitik. Apakah wajar bagi seseorang individu mempunyai dua kerakyatan? Di manakah kecenderungan bagi individu terbabit untuk menumpahkan kesetiaanya?
“Sepatutnya jawapan isu sensitif seumpama ini tidak perlu dilayan dengan jawapan tegas iaitu mana mungkin dan mustahil seseorang boleh memiliki dua kerakyatan malah untuk memohon menjadi rakyat Malaysia mesti memenuhi syarat-syarat yang ketat mengikut undang-undang yang sedia ada selama ini.
“Malah ada gesaan disyaratkan dengan lebih tegas iaitu penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zarina menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum Bumiputera untuk menentang cadangan itu serta berpendirian sebarang kajian tidak perlu dilakukan sama sekali kerana ia keputusan muktamad.
Pada masa sama, beliau mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India kerana perkara itu lebih mengundang mudarat daripada keuntungan.
Katanya, perkara perlu diberikan keutamaan bukanlah terkait kerakyatan sebaliknya isu 1.2 juta warga negara China yang direkodkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), masuk ke Malaysia dalam tempoh 2018 hingga 2021 namun masih tiada rekod keluar dari negara ini.
Ia merupakan suatu jumlah yang amat menggusarkan dan perlu diambil tindakan telus dan tegas kerana ianya pelanggaran undang-undang dan soal keselamatan negara.
“Ini yang patut diberi keutamaan bukan soal kerakyatan dan dikejutkan pula dengan pengumuman Menteri Pelancongan mengenai cadangan pengecualian Visa kepada pelancong terutama dari Cina dan mungkin dari India atas nama kepentingan merancakkan ekonomi tetapi boleh membawa padah kepada keselamatan negara dan masalah sosial yang kini pun sudah parah dan tidak terkawal.
“Cuba bayangkan jika pelancong Cina masuk tanpa tapisan melalui Visa dengan bebas. Pasti ramai akan hilang dan menetap di Malaysia.
“Isu rasuah yang menjadi barah akan menjadi lebih buruk di kalangan penguatkuasa. Perkara ini amat mengerikan kepada masa depan negara Malaysia,” kata Zarina.
Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghasilkan satu laporan berkenaan pengecualian visa untuk pelancong China.
King Sing berkata, kerajaan dijangka akan mendraf dasar mengenai hari lawatan yang dibenarkan untuk berada di Malaysia melalui perkhidmatan pengecualian visa. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Parti Bumiputera Perkasa Malaysia – PUTRA
-
Terkini2 days ago
Anak mualaf bersyukur MRM bantu uruskan jenazah ibu
-
Terkini4 days ago
Peniaga terima wang menerusi DuitNow QR akan dicaj bermula 1 November
-
Antarabangsa3 days ago
Penutupan kerajaan AS tidak dapat dielakkan – Biden
-
Antarabangsa3 days ago
Malaysia dijangka beri pengecualian visa kepada pelancong China