Connect with us

Antarabangsa

Wanita Scotland berang lelaki dilantik sebagai duta kemiskinan haid

Keputusan melantik seorang lelaki sebagai pegawai “period dignity” pertama di Scotland, pengumuman yang dibuat pada hari sama pelancaran undang-undang baharu penyediaan produk haid percuma bagi mereka yang memerlukan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Wanita Scotland berang lelaki dilantik sebagai duta kemiskinan haid
Foto: Pegawai “period dignity” pertama, Jason Grant.
  • Keputusan melantik seorang lelaki sebagai pegawai “period dignity” pertama di Scotland mencetuskan kemarahan golongan wanita.
  • Jason Grant yang dilantik ke jawatan itu bertanggungjawab mempromosikan produk sanitari percuma di sekolah dan kolej di wilayah Tay selain membincangkan isu berkaitan menopaus.
  • Ramai wanita meluahkan rasa tidak selesa dengan lantikan seorang lelaki untuk peranan itu yang secara eksklusifnya hanya memberi kesan kepada wanita yang sudah mencapai tempoh umur reproduktif.

DUNDEE – Keputusan melantik seorang lelaki sebagai pegawai “period dignity” pertama di Scotland, pengumuman yang dibuat pada hari sama pelancaran undang-undang baharu penyediaan produk haid percuma bagi mereka yang memerlukan.

Jason Grant yang merupakan bekas jurulatih peribadi dari Dundee, dilantik sebagai pegawai kesedaran haid bagi wilayah Tay di mana dia bakal menggalas tanggungjawab mempromosikan produk sanitari percuma di sekolah dan kolej selainmembincangkan isu berkaitan menopaus.  

Tindakan itu susulan pengenalan Akta Produk Haid Kerajaan Scotland di mana majlis dan penyedia pendidikan diwajibkan menyediakan tampon dan pad secara percuma sebagai reaksi balas kempen kemiskinan haid di negara itu. 

Ramai wanita meluahkan rasa tidak selesa dengan lantikan seorang lelaki untuk peranan berkenaan isu yang secara eksklusifnya hanya memberi kesan kepada wanita yang sudah mencapai tempoh umur reproduktif.

Biarpun mendapat tentangan, Jason hanya menumpukan perhatian pada peranan baharunya kerana peranan itu memberi kesan kepada lelaki remaja dan dewasa serta orang ramai tanpa mengira jantina bagi menunjukkan tanda inklusif terhadap golongan minoriti lelaki transgender.

“Sebagai sebahagian pendekatan SNP untuk memupuk kesedaran haid, pihak mereka melantik seorang lelaki iaitu Jason Grant. Ya, saya serious ni. Seorang lelaki, untuk menjadi pegawai kesedaran haid bagi wilayah Tayside,” respon seorang wanita berkenaan isu ini.

“Ini kononnya tanda kebaikan, tapi ia amat menyedihkan! Ada lagi ke kekosongan jawatan dalam kawasan majlis lain? Tunggulah permohonan dari ‘golongan-golongan’ ini datang untuk bekerja nanti…” kata wanita kedua.

“Lelaki!!! Kempen ini seperti nak mengkaburi wanita sebenar,” kata wanita ketiga.

Manakala seorang lagi wanita berkata, “Pekerjaan ini sepatutnya diberikan kepada wanita. Kami yang mengalami keadaan haid dan menggunakan produk tersebut. Memberi tanggungjawab ini kepada seorang lelaki merupakan satu tindakan yang tidak bermaruah,”

Jawatan yang diberi kepada Jason itu seperti yang diiklankan dalam laman sesawang menawarkan gaji antara £33,153 (RM 179,122.38) hingga £36,126 (RM 195,185.21) setahun dan kontrak bertempoh sehingga 2024. Beberapa jawatan sebegini dijangka diwujudkan di tempat lain. 

Sumber: Scottish Daily Express

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *