Connect with us

Antarabangsa

Eropah berdepan krisis kesihatan awam yang teruk 

Satu siasatan mendapati Eropah berdepan `krisis kesihatan awam yang teruk’, dengan hampir semua penduduk di seluruh benua itu tinggal di kawasan yang mempunyai tahap pencemaran udara berbahaya.

Wartawan TMT

Published

on

Eropah berdepan krisis kesihatan awam yang teruk 
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Satu siasatan mendapati Eropah berdepan `krisis kesihatan awam yang teruk’, dengan hampir semua penduduk di seluruh benua itu tinggal di kawasan yang mempunyai tahap pencemaran udara berbahaya.
  • Lapor The Guardian, analisis data dikumpulkan menggunakan metodologi canggih termasuk imej satelit dan ukuran terperinci diambil daripada lebih 1,400 stesen pemantauan darat.
  • Analisis data itu mendedahkan gambaran buruk mengenai udara kotor, dengan 98 peratus penduduk tinggal di kawasan mempunyai pencemaran zarah halus yang melebihi garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
  • Ia juga menunjukkan hampir dua pertiga penduduk tinggal di kawasan yang mana kualiti udara melebihi dua kali ganda daripada garis panduan WHO.

LONDON: Satu siasatan mendapati Eropah berdepan `krisis kesihatan awam yang teruk’, dengan hampir semua penduduk di seluruh benua itu tinggal di kawasan yang mempunyai tahap pencemaran udara berbahaya.

Lapor The Guardian, analisis data dikumpulkan menggunakan metodologi canggih termasuk imej satelit dan ukuran terperinci diambil daripada lebih 1,400 stesen pemantauan darat.

Analisis data itu mendedahkan gambaran buruk mengenai udara kotor, dengan 98 peratus penduduk tinggal di kawasan mempunyai pencemaran zarah halus yang melebihi garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Malah, ia juga menunjukkan hampir dua pertiga penduduk tinggal di kawasan yang mana kualiti udara melebihi dua kali ganda daripada garis panduan WHO.

Dilaporkan, negara paling teruk terjejas di Eropah adalah Macedonia Utara.

Hampir dua pertiga penduduk di negara itu tinggal di kawasan-kawasan yang mempunyai kualiti udara melebihi empat kali ganda daripada garis panduan WHO untuk paras PM2.5.

“Manakala empat kawasan didapati mempunyai tahap pencemaran udara hampir enam kali ganda berbanding angka itu termasuk di ibu negara Skopje,” jelas laporan.

Advertisement

Eropah Timur adalah jauh lebih teruk berbanding Eropah barat, selain Itali.

Lebih satu pertiga penduduk yang tinggal di lembah Po dan kawasan sekitarnya di utara Itali didapati menghirup udara tercemar iaitu empat kali ganda angka WHO bagi zarah bawaan udara yang paling berbahaya.

Garis panduan WHO menyatakan purata tahunan kepekatan PM2.5 tidak boleh melebihi lima mikrogram semeter padu (µg/m3).

Analisis baharu mendapati hanya dua peratus penduduk Eropah tinggal di kawasan dalam had berkenaan.

Menurut pakar, pencemaran PM2.5 menyebabkan kira-kira 400,000 kes kematian setahun di benua itu.

Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending