Antarabangsa
Wanita Scotland berang lelaki dilantik sebagai duta kemiskinan haid
Keputusan melantik seorang lelaki sebagai pegawai “period dignity” pertama di Scotland, pengumuman yang dibuat pada hari sama pelancaran undang-undang baharu penyediaan produk haid percuma bagi mereka yang memerlukan.
- Keputusan melantik seorang lelaki sebagai pegawai “period dignity” pertama di Scotland mencetuskan kemarahan golongan wanita.
- Jason Grant yang dilantik ke jawatan itu bertanggungjawab mempromosikan produk sanitari percuma di sekolah dan kolej di wilayah Tay selain membincangkan isu berkaitan menopaus.
- Ramai wanita meluahkan rasa tidak selesa dengan lantikan seorang lelaki untuk peranan itu yang secara eksklusifnya hanya memberi kesan kepada wanita yang sudah mencapai tempoh umur reproduktif.
DUNDEE – Keputusan melantik seorang lelaki sebagai pegawai “period dignity” pertama di Scotland, pengumuman yang dibuat pada hari sama pelancaran undang-undang baharu penyediaan produk haid percuma bagi mereka yang memerlukan.
Jason Grant yang merupakan bekas jurulatih peribadi dari Dundee, dilantik sebagai pegawai kesedaran haid bagi wilayah Tay di mana dia bakal menggalas tanggungjawab mempromosikan produk sanitari percuma di sekolah dan kolej selainmembincangkan isu berkaitan menopaus.
Tindakan itu susulan pengenalan Akta Produk Haid Kerajaan Scotland di mana majlis dan penyedia pendidikan diwajibkan menyediakan tampon dan pad secara percuma sebagai reaksi balas kempen kemiskinan haid di negara itu.
Ramai wanita meluahkan rasa tidak selesa dengan lantikan seorang lelaki untuk peranan berkenaan isu yang secara eksklusifnya hanya memberi kesan kepada wanita yang sudah mencapai tempoh umur reproduktif.
Biarpun mendapat tentangan, Jason hanya menumpukan perhatian pada peranan baharunya kerana peranan itu memberi kesan kepada lelaki remaja dan dewasa serta orang ramai tanpa mengira jantina bagi menunjukkan tanda inklusif terhadap golongan minoriti lelaki transgender.
“Sebagai sebahagian pendekatan SNP untuk memupuk kesedaran haid, pihak mereka melantik seorang lelaki iaitu Jason Grant. Ya, saya serious ni. Seorang lelaki, untuk menjadi pegawai kesedaran haid bagi wilayah Tayside,” respon seorang wanita berkenaan isu ini.
“Ini kononnya tanda kebaikan, tapi ia amat menyedihkan! Ada lagi ke kekosongan jawatan dalam kawasan majlis lain? Tunggulah permohonan dari ‘golongan-golongan’ ini datang untuk bekerja nanti…” kata wanita kedua.
“Lelaki!!! Kempen ini seperti nak mengkaburi wanita sebenar,” kata wanita ketiga.
Manakala seorang lagi wanita berkata, “Pekerjaan ini sepatutnya diberikan kepada wanita. Kami yang mengalami keadaan haid dan menggunakan produk tersebut. Memberi tanggungjawab ini kepada seorang lelaki merupakan satu tindakan yang tidak bermaruah,”
Jawatan yang diberi kepada Jason itu seperti yang diiklankan dalam laman sesawang menawarkan gaji antara £33,153 (RM 179,122.38) hingga £36,126 (RM 195,185.21) setahun dan kontrak bertempoh sehingga 2024. Beberapa jawatan sebegini dijangka diwujudkan di tempat lain.
Sumber: Scottish Daily Express
Antarabangsa
10,000 wanita terbunuh, 19,000 anak-anak yatim piatu di Gaza – Wanita PBB
Lebih 10,000 wanita terbunuh di Gaza, termasuk 6,000 ibu yang meninggalkan 19,000 anak yatim piatu, demikian menurut pertubuhan hak wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
- Lebih 10,000 wanita terbunuh di Gaza, termasuk 6,000 ibu yang meninggalkan 19,000 anak yatim piatu, demikian menurut pertubuhan hak wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
- Dalam laporan baharu mengenai kesan ke atas jantina berkenaan perang, Wanita PBB juga berkata bahawa wanita Palestin yang terselamat daripada serangan udara dan operasi darat tentera Israel kini kehilangan tempat tinggal, menjadi balu dan berdepan kebuluran.
- Peperangan Israel ke atas Gaza “juga perang terhadap wanita”, kata agensi PBB pada pelancaran laporan Scarcity and fear: A gender analysis of the impact of the war in Gaza on vital services essential to women’s and girls’ health, safety, and dignity – Water, sanitation, and hygiene (WASH).
Lebih 10,000 wanita terbunuh di Gaza, termasuk 6,000 ibu yang meninggalkan 19,000 anak yatim piatu, demikian menurut pertubuhan hak wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Dalam laporan baharu mengenai kesan ke atas jantina berkenaan perang, Wanita PBB berkata wanita Palestin yang terselamat daripada serangan udara dan operasi darat tentera Israel kini kehilangan tempat tinggal, menjadi balu dan berdepan kebuluran.
Peperangan Israel ke atas Gaza “juga perang terhadap wanita”, kata agensi PBB pada pelancaran laporan Scarcity and fear: A gender analysis of the impact of the war in Gaza on vital services essential to women’s and girls’ health, safety, and dignity – Water, sanitation, and hygiene (WASH).
Al Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya 33,843 rakyat Palestin terbunuh dan 76,575 cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu.
Angka kematian di Israel akibat serangan Hamas pada 7 Oktober ialah 1,139 dan puluhan masih ditahan di Gaza. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Kenyataan ekonomi terjejas akibat gerakan boikot tidak tepat — Pengerusi BDS Malaysia
-
Antarabangsa3 days ago
Jordan pintas dron Iran demi keselamatan rakyat – Kabinet Jordan
-
Terkini1 day ago
Mahkamah batal penukaran agama gadis Kristian kepada Islam
-
Terkini1 day ago
Akaun 3 KWSP sedang dimuktamadkan, perincian dijangka umum sebelum hujung April