Connect with us

Antarabangsa

‘Prasyarat keamanan di Timur Tengah’, Ireland, Sepanyol dan Norway iktiraf negara Palestin

Tiga negara Eropah iaitu Ireland, Sepanyol dan Norway mengumumkan rancangan mengiktiraf secara rasmi negara Palestin pada 28 Mei depan.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri Ireland, Simon Harris (kiri), Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sánchez (tengah) dan Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Støre (kanan).
  • Tiga negara Eropah iaitu Ireland, Sepanyol dan Norway umum rancangan mengiktiraf secara rasmi negara Palestin pada 28 Mei depan.
  • Langkah itu berkemungkinan membantu meningkatkan perjuangan warga Palestin di peringkat global.
  • Ketiga-tiga negara Eropah itu dilaporkan menyifatkan keputusan terbabit sebagai cara terbaik untuk mencapai keamanan berkekalan di Timur Tengah.
  • Susulan keputusan itu, negara haram Israel menarik balik serta-merta dutanya dari negara-negara Eropah itu.
  • Lebih 140 daripada 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengiktiraf hak kenegaraan Palestin.
  • Hanya beberapa negara anggota Kesatuan Eropah (EU), yang dianggotai 27 negara, berbuat demikian.
  • Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Støre berkata negara Palestin adalah “prasyarat mencapai keamanan di Timur Tengah”.

Tiga negara Eropah iaitu Ireland, Sepanyol dan Norway mengumumkan rancangan mengiktiraf secara rasmi negara Palestin pada 28 Mei depan.

Langkah itu berkemungkinan membantu meningkatkan perjuangan warga Palestin di peringkat global.

Ketiga-tiga negara Eropah itu dilaporkan menyifatkan keputusan terbabit sebagai cara terbaik untuk mencapai keamanan berkekalan di Timur Tengah.

Susulan keputusan itu, negara haram Israel menarik balik serta-merta dutanya dari negara-negara Eropah itu.

Lebih 140 daripada 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengiktiraf hak kenegaraan Palestin.

Hanya beberapa negara anggota Kesatuan Eropah (EU), yang dianggotai 27 negara, berbuat demikian.

“Hari ini, Ireland, Norway dan Sepanyol mengumumkan bahawa kami mengiktiraf negara Palestin. Setiap daripada kita kini akan melakukan apa sahaja langkah negara yang diperlukan supaya dilaksanakan keputusan itu,” kata Perdana Menteri Ireland, Simon Harris pada sidang akhbar di Dublin pada Rabu dipetik media antarabangsa.

Menteri Luar Ireland, Micheál Martin dilaporkan berkata pengiktirafan itu akan berkuat kuasa di ketiga-tiga negara pada 28 Mei ini.

“Pengiktirafan ini bukan tentangan terhadap orang Israel dan sudah tentu bukan tentangan terhadap orang Yahudi,” kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sánchez.

Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Støre pula dilaporkan berkata negara Palestin adalah “prasyarat mencapai keamanan di Timur Tengah”.

“Tidak akan ada keamanan di Timur Tengah tanpa penyelesaian dua negara,” kata Støre dalam kenyataan menambah, “Tidak ada penyelesaian dua negara tanpa negara Palestin”. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di pautan https://support.themerdekatimes.com/

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Louisiana negeri AS pertama wajibkan paparan Sepuluh Perintah Tuhan di kelas awam

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gabenor Republikan, Jeff Landry.

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Undang-undang ditandatangani Gabenor Republikan Jeff Landry pada Rabu itu mewajibkan paparan bersaiz poster tertulis butiran Sepuluh Perintah Tuhan menggunakan “tulisan besar dan mudah dibaca” di semua kelas awam, dari tadika sehingga ke universiti yang dibiayai kerajaan negeri.

Pembangkang mempersoalkan keabsahan undang-undang sedemikian dan berikrar untuk mencabarnya di mahkamah. 

Penyokong pula berkata langkah itu bukan semata-mata bersifat keagamaan, tetapi juga mempunyai kepentingan sejarah. 

Dalam bahasa undang-undang, Sepuluh Perintah Tuhan adalah “dokumen asas bagi kerajaan negeri dan negara kita.”

Poster-poster tersebut akan disertakan bersama empat perenggan “penjelasan konteks” menerangkan bagaimana Sepuluh Perintah Tuhan menjadi “bahagian penting dalam pendidikan awam Amerika selama hampir tiga abad,” yang mesti lengkap dipasang di bilik darjah menjelang awal 2025.

Di bawah undang-undang ini, dana negeri tidak akan digunakan bagi melaksanakan mandat tersebut tetapi poster-poster terbabit akan dibiayai melalui sumbangan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending