Connect with us

Antarabangsa

26 negara EU beri amaran serangan Israel ke atas Rafah satu “malapetaka”

Semua negara Kesatuan Eropah (EU) kecuali Hungary memberi amaran kepada Israel semalam supaya tidak melancarkan serangan ke atas Rafah.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell.
  • Semua negara Kesatuan Eropah (EU) kecuali Hungary memberi amaran kepada Israel semalam supaya tidak melancarkan serangan ke atas Rafah.
  • Serangan itu menurut mereka berpotensi memburukkan lagi malapetaka ke atas sekitar 1.5 juta pelarian yang bersesakan di bandar selatan Gaza itu.
  • “Serangan ke atas Rafah akan menjadi malapetaka… ia sesuatu yang tidak wajar,” kata Menteri Luar Ireland, Micheal Martin sebelum mesyuarat menteri luar dari 27 negara anggota EU di Brussels.
  • Setelah rundingan, semua negara kecuali sebuah negara dalam kalangan mereka menyeru menerusi satu kenyataan supaya diadakan “jeda kemanusiaan segera yang membawa kepada gencatan senjata berkekalan, pembebasan tanpa syarat semua tebusan dan penyaluran bantuan kemanusiaan.”
  • Kenyataan itu dikeluarkan “Menteri Luar 26 Negara Anggota Kesatuan Eropah” dan Hungary yang merupakan sekutu rapat kerajaan Israel satu-satunya negara yang tidak ikut serta.

Semua negara Kesatuan Eropah (EU) kecuali Hungary memberi amaran kepada Israel semalam supaya tidak melancarkan serangan ke atas Rafah.

Serangan itu menurut mereka berpotensi memburukkan lagi malapetaka ke atas sekitar 1.5 juta pelarian yang bersesakan di bandar selatan Gaza itu.

“Serangan ke atas Rafah akan menjadi malapetaka… ia sesuatu yang tidak wajar,” kata Menteri Luar Ireland, Micheal Martin sebelum mesyuarat menteri luar dari 27 negara anggota EU di Brussels.

Setelah rundingan, semua negara kecuali sebuah negara dalam kalangan mereka menyeru menerusi satu kenyataan supaya diadakan “jeda kemanusiaan segera yang membawa kepada gencatan senjata berkekalan, pembebasan tanpa syarat semua tebusan dan penyaluran bantuan kemanusiaan”.

Kenyataan itu dikeluarkan “Menteri Luar 26 Negara Anggota Kesatuan Eropah” dan Hungary yang merupakan sekutu rapat kerajaan Israel satu-satunya negara yang tidak ikut serta.

“Kami meminta kerajaan Israel untuk tidak mengambil tindakan ketenteraan di Rafah yang bakal memburukkan lagi keadaan kemanusiaan penuh bencana dan pencegahan penyediaan segera perkhidmatan asas dan bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan,” kata menteri-menteri itu dipetik SCMP.

Israel sedang bersiap sedia untuk melancarkan serangan darat ke atas bandar paling selatan Gaza yang didakwa sebagai benteng terakhir kawalan Hamas selepas hampir lima bulan bertempur.

Israel menuduh pejuang Hamas bersembunyi di kalangan orang awam, satu dakwaan dinafikan kumpulan itu, dan “langkah luar biasa” dikatakan sedang diambil untuk mengelakkan korban awam di wilayah itu.

Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell berkata menghalang berlakunya kematian orang awam adalah sesuatu yang mustahil.

“Kita perlu terus memberi tekanan kepada Israel untuk memberikan mereka pemahaman bahawa terdapat sangat ramai orang di jalanan di Rafah, adalah mustahil untuk mengelak (korban) mangsa awam,” kata Josep. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
  • Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
  • Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
  • Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 
  • Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.

Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.

Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 

Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear. 

Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending