Connect with us

Antarabangsa

Universiti Yahudi di AS minta Mahkamah Agung sekat kelab pelajar LGBT

Sebuah universiti Yahudi yang terletak di New York meminta Mahkamah Agung menyekat perintah mahkamah rendah yang membolehkan institut itu mengiktiraf kelab pelajar LGBT dengan memetik kebebasan beragama di bawah Pindaan Pertama.

Wartawan TMT

Published

on

Universiti Yahudi di AS minta Mahkamah Agung sekat kelab pelajar LGBT
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sebuah universiti Yahudi meminta Mahkamah Agung menyekat perintah mahkamah rendah yang membolehkan institut itu mengiktiraf kelab pelajar LGBT.
  • Universiti Yeshiva, antara institusi pendidikan Yahudi tertua di AS, menganggap keputusan hakim itu sebagai “pencerobohan yang tidak pernah berlaku” dalam kepercayaan agama yang dipegang universiti itu.
  • Penolakan itu adalah berkenaan sebuah kelab dikenali sebagai “Pride Alliance” di universiti terbabit.
  • Hakim New York sebelum itu menyatakan universiti Yahudi itu bukan institut yang khusus kepada agama.

Sebuah universiti Yahudi yang terletak di New York meminta Mahkamah Agung menyekat perintah mahkamah rendah yang membolehkan institut itu mengiktiraf kelab pelajar LGBT dengan memetik kebebasan beragama di bawah Pindaan Pertama.

Universiti Yeshiva, antara institusi pendidikan tertua Yahudi di Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada 1886, memfailkan permintaan kecemasan pada Isnin lalu dengan menganggap keputusan hakim di mahkamah rendah pada Jun lalu sebagai “pencerobohan yang tidak pernah berlaku” dalam nilai kepercayaan agama dipegang universiti itu.

Penolakan itu adalah berkenaan sebuah kelab “Pride Alliance” di universiti terbabit, yang ahlinya memaksa pihak universiti mengiktiraf kelab itu melalui perintah mahkamah rendah yang menggalakkan Yeshiva meluluskan kelab itu yang rata-rata aktivitinya tidak selari dengan nilai-nilai Taurat dipegang institusi itu, demikian menurut pemfailan mahkamah baru-baru ini. 

Hakim New York menyatakan universiti Yahudi itu bukan institut yang khusus kepada agama.

“Bila pihak berkuasa sekular cuba maklumkan kepada Universiti Yeshiva bahawa ia bukanlah institut khusus agama, jelas sekali ada sesuatu yang tidak kena,” kata naib presiden dan peguam kanan di ‘Becket Fund for Religious Liberty’, Eric Baxter yang mewakili universiti terbabit.

“Pindaan Pertama melindungi hak Yeshiva bagi mengamalkan kepercayaannya. Kami meminta Mahkamah Agung untuk membetulkan kesilapan yang amat jelas ini,” katanya.

Peguam universiti turut menegaskan bahawa Yeshiva “mengalu-alukan serta menyediakan perkhidmatan sokongan bagi pelajar LGBTQ-nya dan ia melarang diskriminasi, buli serta anti-LGBT,”

Advertisement

“Jika Yeshiva terpaksa mematuhinya, akan berlaku kerosakan dari segi pelanggaran hak kebebasan beragama, reputasinya sebagai benteng kepercayaan Taurat serta universiti utama Yahudi,” hujah Baxter dalam permohonannya.

Peguam itu memohon perintah penangguhan bagi mengekalkan status quo pegangan institut terbabit sementara perkara itu dibincangkan di mahkamah.

Sumber: Washington Examiner

Author

Antarabangsa

Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia 

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

Wartawan TMT

Published

on

Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia 
Foto: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.
  • Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
  • Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia.
  • Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
  • Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.

NEW YORK – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia itu.

Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Pentas itu juga pertama kali menemukan Zelensky dengan wakil Russia, yang dilihat tidak berminat mengikuti ucapan pemimpin Ukraine itu, sebaliknya lebih menumpukan perhatian di telefon pintarnya.

Sehubungan itu, Zelensky menggesa PBB mengadakan undian bagi menamatkan kuasa veto Russia dalam UNSC.

Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.

Zelensky berkata langkah terbabit berupaya menjadi antara reformasi di UNSC, termasuk memberi status perwakilan tetap kepada negara membangun lain.

Advertisement

Sumber: Buletin TV3 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending