Connect with us

Antarabangsa

Uganda haramkan LGBT, sifatkan kemunduran buat masyarakat

Menyifatkan sebagai perbuatan yang memaparkan kemunduran dalam masyarakat, kerajaan Uganda mengharamkan kumpulan yang memperjuangkan hak komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender(LGBT) di negara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Uganda haramkan LGBT
Foto: LGBT di Uganda.
  • Pertubuhan Minoriti Seksual Uganda (Smug) diarah tutup serta-merta kerana tidak selari dengan prinsip negara Uganda yang mengharamkan kumpulan memperjuangkan hak komuniti LGBT.
  • Pertubuhan itu turut didakwa gagal mendaftar nama dengan Biro Kebangsaan bagi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dengan betul sejak 2004.
  • Smug mengecam perintah itu yang dilihat sebagai ‘witch hunt’ atau pemburuan kejam terhadap komuniti LGBT Uganda.
  • Pengarah Smug Frank Mugisha, aktivis gay Uganda menuduh pihak berkuasa menganggap komuniti LGBT Uganda sebagai warga kelas kedua dan cuba menafikan kewujudan mereka sepenuhnya.
  • Hubungan sejenis adalah haram di Uganda, dimana mereka boleh dihukum penjara seumur hidup kerana melakukan “kesalahan luar tabii.”

Menyifatkan sebagai perbuatan yang memaparkan kemunduran dalam masyarakat, kerajaan Uganda mengharamkan kumpulan yang memperjuangkan hak komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender(LGBT) di negara itu.

Pertubuhan Minoriti Seksual Uganda (Smug) bukan sahaja diarah tutup serta-merta ekoran tidak selari dengan prinsip negara tersebut malah didakwa  gagal mendaftarkan namanya dengan biro kebangsaan bagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak 2004.

Tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan, Smug mengecam perintah itu sebagai ‘witch hunt’ atau pemburuan yang kejam terhadap komuniti LGBT Uganda.

“Ini adalah ‘witch hunt’ yang jelas berakar dan penuh sistematik dalam kerajaan bagi mendorong perasaan anti-gay dalam kalangan masyarakat,” kata pengarah Smug Frank Mugisha, yang merupakan aktivis gay Uganda.Frank juga menuduh pihak berkuasa menganggap komuniti LGBT Uganda sebagai warga kelas kedua dan cuba menafikan kewujudan mereka sepenuhnya.

Hubungan sejenis adalah haram di Uganda, dimana mereka boleh dihukum penjara seumur hidup kerana melakukan “kesalahan luar tabii.”Data rasmi polis menunjukkan 194 orang telah didakwa di bawah kesalahan itu antara 2017 hingga 2020, termasuk 25 yang kemudiannya disabitkan kesalahan.

Sumber: BBC News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
  • Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
  • Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
  • Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
  • Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.

Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.

Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.

Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.

Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.

Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending