Antarabangsa
Terbit artikel LGBT, akhbar sekolah berusia 54 tahun ditutup!
Gara-gara pelajar menulis dan menerbitkan artikel terkait isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), pentadbiran Sekolah Menengah Northwest di Grand Island, Nebraska, menghentikan penerbitan akhbar ‘Viking Saga’ dan menutup program kewartawanannya.

- Akhbar sekolah Menengah Northwest di Grand Island, Nebraska kebelakangan ini sering menerbitkan artikel berkaitan LGBT termasuk membincangkan asal-usul ‘Pride Month’
- Tidak bersetuju dengan perkara tersebut, pentadbiran sekolah menghentikan penerbitan akhbar ‘Viking Saga’ dan menutup program kewartawanannya.
- Sekolah menengah terbabit telah menerbitkan akhbar tersebut sejak 54 tahun lalu.
Gara-gara pelajar menulis dan menerbitkan artikel terkait isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), pentadbiran Sekolah Menengah Northwest di Grand Island, Nebraska, menghentikan penerbitan akhbar ‘Viking Saga’ dan menutup program kewartawanannya.
Sekolah menengah terbabit telah menerbitkan akhbar tersebut sejak 54 tahun lalu.
Menurut The Grand Island Independent, syarikat yang turut mencetak Viking Saga, akhbar sekolah itu kebelakangan ini sering menerbitkan artikel berkaitan LGBT termasuk membincangkan asal-usul ‘Pride Month’.
Empat hari selepas isu itu dicetak pada Mei, kakitangan sekolah menghubungi akhbar Grand Island Independent untuk membatalkan perkhidmatan percetakan.
Pekerja Northwest, dalam e-mel, berkata sekolah itu menamatkan program kewartawanan tersebut berikutan pihak lembaga sekolah dan pentadbir tidak berpuas hati dengan kandungan editorial keluaran terakhirnya.
Mengesahkan perkara itu, Naib Presiden Sekolah Awam Northwest, Zach Mader akui sebelum ini ahli lembaga sekolah pernah menyatakan untuk menutup akhbar tersebut jika kandungannya gagal dikawal selia dengan baik.
“Isu terakhir yang keluar tahun ini, terdapat sedikit perselisihan dalam kalangan sesetengah pihak yang pada asasnya, saya rasa ia adalah isu LGBTQ,” kata Mader.
Sumber: Reason
Antarabangsa
‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman
Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

- Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
- Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
- Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
- “Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
- Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.
Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
“Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
Tuntutan itu juga mendakwa plaintif berdepan kemudaratan, penghinaan awam, pengawasan, gangguan dalam perjalanan, penafian pekerjaan dan “secara efektif dibuang oleh AS”.
Saman itu turut menegaskan walaupun dikeluarkan dari senarai pemantauan FBI itu, mereka tetap akan mengalami kesan negatif seumur hidup yang bakal memudaratkan mereka.
Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.
Bercakap kepada pemberita di New Jersey, Khairullah berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengapa namanya berada dalam senarai pemantauan itu dan tidak juga diperjelaskan jika namanya sudah dikeluarkan.
Sumber: Anadolu Ajansı
-
Terkini2 days ago
Anak mualaf bersyukur MRM bantu uruskan jenazah ibu
-
Terkini4 days ago
Peniaga terima wang menerusi DuitNow QR akan dicaj bermula 1 November
-
Antarabangsa3 days ago
Penutupan kerajaan AS tidak dapat dielakkan – Biden
-
Antarabangsa3 days ago
Malaysia dijangka beri pengecualian visa kepada pelancong China