Connect with us

Terkini

Siasatan LCS selesai, SPRM pertimbang dakwa beberapa individu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memberitahu siasatan mereka ke atas projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) sudah disiapkan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Foto: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memberitahu siasatan ke atas projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) sudah disiapkan.
  • Ada beberapa kertas siasatan dibuka terhadap individu-individu yang mempunyai kaitan dengan dakwaan penyelewengan dalam pengendalian.
  • Selepas kertas siasatan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara, mereka akan menunggu arahan lanjut daripada pihak pendakwaan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memberitahu siasatan mereka ke atas projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) sudah disiapkan.

Menurut agensi antirasuah tersebut ada beberapa kertas siasatan dibuka terhadap individu-individu yang mempunyai kaitan dengan dakwaan penyelewengan dalam pengendalian.

“Kertas siasatan tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dengan saranan daripada SPRM untuk mempertimbangkan pertuduhan terhadap beberapa individu,” katanya.

Kata SPRM selepas kertas siasatan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara, mereka akan menunggu arahan lanjut daripada pihak pendakwaan.

Terdahulu Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng menganggap pegawai tertinggi SPRM dan Peguam Negara tidak memegang jawatan masing-masing kerana bertindak hanya selepas dipanggil oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.

Katanya Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun sepatutnya boleh memulakan tindakan lebih awal, bukannya menunggu arahan daripada Ismail Sabri untuk menyiasat skandal projek membabitkan aset keselamatan negara berkenaan.

“Gagal bertindak ke atas aduan awam dan daripada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sehingga memerlukan arahan khas daripada perdana menteri untuk berbuat demikian menunjukkan bahawa kedua-dua individu terbabit tidak layak memegang jawatan mereka Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Ini menyerlahkan lagi pentingnya kedua-dua jawatan tersebut bebas daripada kawalan perdana menteri bagi mengelakkan daripada disalahgunakan sebagai senjata politik,” katanya hari ini.

Untuk rekod semalam Datuk Seri Ismail Sabri memberitahu, kabinet bersetuju untuk menggesa SPRM mempercepat siasatan berhubung skandal LCS berkenaan.

Peguam Negara pula diminta mengheret pihak yang berkenaan ke muka pengadilan.

Menurut Ismail Sabri, sesuai dengan keputusan kabinet itu dia memanggil Azam dan Idrus bagi meminta kedua-dua pihak mengambil langkah segera menyiapkan siasatan berkenaan.

Sumber: Malaysia Kini

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *