Terkini
LCS belum selesai, kini status kapal OPV Maritim Malaysia pula jadi tanda tanya
Selepas negara dikejutkan dengan kontroversi mengenai kapal tempur persisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kini timbul tanda tanya mengenai status tiga kapal peronda persisir pantai (OPV) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

- Maritim Malaysia sepatutnya terima sebuah kapal OPV bulan ini setelah kerajaan memberi lanjutan sehingga 18 bulan kepada syarikat TH Heavy Engineering (TH Heavy) untuk menyiapkan tiga kapal OPV berkenaan.
- Pada Jun, Maritim Malaysia memaklumkan tidak menerima kapal OPV ekoran beberapa masalah tertentu walaubagaimanapun KDN beri jaminan sekurang-kurangnya sebuah kapal OPV akan diterima pada tahun ini.
- TH Heavy diklasifikasikan sebagai PN17 kini menanggung kerugian terkumpul RM629.8 juta dan hutang RM165 juta, namun memiliki aliran tunai RM27.5 juta untuk membantunya menyiapkan kapal OPV hingga timbul persoalan tentang kemampuan TH Heavy menyiapkannya seperti dijanjikan.
- Penganalisis pertahanan, Zaki Salleh berpandangan, kelewatan Maritim Malaysia menerima kapal OPV memberi kesan kepada fungsi agensi itu untuk mengawal perairan negara dengan berkesan.
- Sebahagian besar aset sedia ada sudah usang dan tidak berfungsi dengan baik mengganggu peranan agensi meningkatkan pemantauan serta pengawalan perairan terutama daripada pencerobohan nelayan asing.
- Maritim Malaysia amat memerlukan OPV kerana kapal ini besar dan boleh belayar untuk jangka masa lebih lama kerananya kapal induk kepada kapal kecil lain.
SHAH ALAM – Selepas negara dikejutkan dengan kontroversi mengenai kapal tempur persisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kini timbul tanda tanya mengenai status tiga kapal peronda persisir pantai (OPV) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Menurut Sinar Harian, difahamkan, Maritim Malaysia sepatutnya menerima sebuah kapal OPV bulan ini setelah kerajaan memberi lanjutan sehingga 18 bulan kepada syarikat TH Heavy Engineering (TH Heavy) untuk menyiapkan tiga kapal OPV berkenaan.
Berdasarkan laporan media pada Jun lalu, Maritim Malaysia memaklumkan agensi itu tidak menerima kapal OPV ekoran beberapa masalah tertentu.
Walaubagaimanapun katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memberi jaminan bahawa agensi itu akan menerima sekurang-kurangnya sebuah kapal OPV pada tahun ini.
Laporan media itu turut memaklumkan, TH Heavy yang diklasifikasikan sebagai PN17 kini menanggung kerugian terkumpul RM629.8 juta dan hutang sebanyak RM165 juta, namun memiliki aliran tunai RM27.5 juta untuk membantunya menyiapkan kapal OPV berkenaan.
Justeru, pelbagai persoalan timbul mengenai kemampuan TH Heavy untuk menyiapkan tiga kapal OPV seperti yang dijanjikan.
Sementara itu penganalisis pertahanan, Zaki Salleh berpandangan, kelewatan Maritim Malaysia menerima kapal OPV seperti yang dijanjikan memberi kesan kepada fungsi agensi itu untuk mengawal perairan negara dengan berkesan.
Beliau berkata, aset sedia ada yang sebahagian besarnya sudah usang dan tidak dapat berfungsi dengan baik sedikit sebanyak mengganggu peranan agensi tersebut dalam meningkatkan pemantauan serta pengawalan perairan terutama daripada pencerobohan nelayan asing.
“Kebanyakan kapal Maritim Malaysia adalah kapal lama, bekas (kegunaan) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sudah berumur 30 hingga 40 tahun.
“Jadi kalau ada OPV, boleh belayar lebih lama, sudah pasti dapat mengekang pencerobohan.
Contohnya bot peronda sedia ada, boleh belayar hanya empat hari sahaja dan pada hari kelima perlu pulang semula ke pengkalan untuk dapatkan bekalan, sudah pasti mudah ‘missed’ ronda.
Kalau ada kapal induk, mereka tidak perlu pulang ke pengkalan.
“Walaupun Maritim Malaysia masih boleh berfungsi dengan instrumen yang lain misalnya helikopter, tetapi kapal OPV ini penting dan sangat diperlukan dalam keadaan sekarang,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Dalam pada itu Zaki berkata, kelewatan pembinaan OPV tidak sepatutnya berlaku kerana TH Heavy telah diberi satu tempoh yang lama untuk menyiapkan kapal-kapal berkenaan.
“Kita tidak mahu berlaku sepertimana nasib TLDM dalam isu kapal tempur persisir (LCS) kerana ia amat mendukacitakan.
Maritim Malaysia amat memerlukan OPV kerana kapal ini besar dan boleh belayar untuk jangka masa lebih lama kerana fungsinya sebagai kapal induk kepada kapal kecil lain.
“Kapal-kapal OPV ini juga merupakan sebahagian hasrat kerajaan untuk memperkasakan kedaulatan maritim negara,” ujarnya.
Sumber : Sinar Harian
Terkini
Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK
Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

- Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
- Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
- “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
- “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.
Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.
Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen.
Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.
Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.
“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.
Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.
Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.
Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.
Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.
Sumber: Utusan Malaysia
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah