Connect with us

Terkini

LCS : “Saya boleh sahkan pembinaan fizikal kapal memang sedang berlangsung,” – CEO LTAT

Selepas beberapa hari kontroversi berhubung perolehan kontrak kapal tempur pesisir (LCS), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengundang reaksi pelbagai, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman akhirnya tampil memberikan penjelasan sebenar.

Wartawan TMT

Published

on

Datuk Ahmad Nazim
Foto: Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman.
  • Projek LCS secara dasar terhenti tahun 2019 atas pelbagai faktor, namun April tahun ini kabinet memutuskan untuk menyambungnya semula berdasarkan opsyen paling murah.
  • Tiga opsyen itu termasuk pelan penstrukturan semula Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) yang diteliti pihak kerajaan di pelbagai peringkat termasuk jawatankuasa kabinet yang mengambil masa selama lapan bulan.
  • Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman mengaku dirinya terlibat secara langsung dalam menggubal pelan pemulihan projek itu bersama Kementerian Pertahanan dan TLDM baru-baru ini.
  • Beliau beberapa kali turun ke Lumut Shipyard terletak di dalam pengkalan TLDM dan melawat projek LCS tersebut.
  • “Saya boleh sahkan pembinaan fizikal kapal memang sedang berlangsung. Kalau naik bot ke Pangkor pun boleh nampak ‘hull’ kapal-kapal ini yang sebahagian besarnya sudah dibina.”
  • “Di bawah kontrak sekarang, pembinaan keenam-enam kapal ini perlu dibuat dalam masa yang sama (concurrently). Bukan bina satu, deliver satu. Lumut Shipyard besar dan ada kapasiti untuk pembinaan enam kapal sekali harung (sekali gus).”
  • Ramai pihak bertanya mengapa bayaran dibuat sehingga enam kapal sekali gus, sedangkan perkembangan pembinaan hanya lima projek, ini disebabkan pembelian barang dibuat secara pukal.

SHAH ALAM – Selepas beberapa hari kontroversi berhubung perolehan kontrak kapal tempur pesisir (LCS), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengundang reaksi pelbagai, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman akhirnya tampil memberikan penjelasan sebenar.

Menurut Ahmad Nazim, projek LCS secara dasarnya terhenti pada tahun 2019 atas pelbagai faktor, namun pada April tahun ini kabinet memutuskan untuk menyambungnya semula berdasarkan opsyen paling murah.

Kata beliau, tiga opsyen itu termasuk pelan penstrukturan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).

“Pelan penstrukturan semula BNS ini diteliti oleh pihak kerajaan di pelbagai peringkat termasuk jawatankuasa kabinet yang mengambil masa selama lapan bulan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, pada malam Selasa.

Ahmad Nazim pada masa sama turut mengakui dirinya terlibat secara langsung dalam menggubal pelan pemulihan projek itu bersama Kementerian Pertahanan dan TLDM baru-baru ini.

Selain itu, beliau telah beberapa kali turun ke Lumut Shipyard terletak di dalam pengkalan TLDM dan melawat projek LCS tersebut.

“Saya boleh sahkan pembinaan fizikal kapal memang sedang berlangsung. Kalau naik bot ke Pangkor pun boleh nampak ‘hull’ kapal-kapal ini yang sebahagian besarnya sudah dibina.

“Di bawah kontrak sekarang, pembinaan keenam-enam kapal ini perlu dibuat dalam masa yang sama (concurrently). Bukan bina satu, deliver satu. Lumut Shipyard besar dan ada kapasiti untuk pembinaan enam kapal sekali harung (sekali gus),” katanya.

Berhubung persoalan yang dibangkitkan ramai pihak mengapa bayaran dibuat sehingga enam kapal sekaligus, sedangkan perkembangan pembinaan hanya untuk lima projek, Ahmad Nazim berkata, ia disebabkan pembelian barang dibuat secara pukal.

“Ada yang membangkitkan persoalan RM6 bilion dari nilai kontrak RM9 bilion sudah dibayar. Kenapa bayar sampai RM6 bilion, tapi ‘progress’ pembinaan untuk lima kapal pertama hanya pada purata 55 peratus?

“(Ini) Sebab RM6 bilion dibelanjakan untuk beli hampir kesemua peralatan yang perlu untuk bina enam kapal. Bulk order (pesanan pukal) lebih murah berbanding beli satu-satu),” katanya.

Sumber : Sinar Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Apa berlaku di Gaza ‘bukan genosid’ – Biden

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Isnin berusaha untuk meyakinkan pengundi Yahudi bahawa dia berdiri teguh dengan Israel, menyeru kekalahan Hamas dan mengecam dakwaan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bahawa pemimpin Israel bersalah atas jenayah perang untuk kempen mereka di Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.
  • Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Isnin berusaha untuk meyakinkan pengundi Yahudi bahawa dia berdiri teguh dengan Israel, menyeru kekalahan Hamas dan mengecam dakwaan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bahawa pemimpin Israel bersalah atas jenayah perang untuk kempen mereka di Gaza.
  • “Apa yang berlaku bukan genosid (pembunuhan beramai-ramai). Kami menolaknya,” kata Biden dipetik Politico semasa berucap di Rose Garden di Rumah Putih, Washington.
  • Bersumpah untuk terus bekerja “sepanjang masa” untuk membebaskan saki baki tebusan Israel ditahan Hamas, Biden mengelak sebarang kritikan masa lalu terhadap rancangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk melancarkan pencerobohan berskala lebih besar ke atas Rafah, sebaliknya menekankan sokongan berterusannya terhadap rejim Israel.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Isnin berusaha untuk meyakinkan pengundi Yahudi bahawa dia berdiri teguh dengan Israel, menyeru kekalahan Hamas dan mengecam dakwaan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bahawa pemimpin Israel bersalah atas jenayah perang untuk kempen mereka di Gaza.

“Apa yang berlaku bukan genosid (pembunuhan beramai-ramai). Kami menolaknya,” kata Biden dipetik Politico semasa berucap di Rose Garden di Rumah Putih, Washington.

Bersumpah untuk terus bekerja “sepanjang masa” untuk membebaskan saki baki tebusan Israel ditahan Hamas, Biden mengelak sebarang kritikan masa lalu terhadap rancangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk melancarkan pencerobohan berskala lebih besar ke atas Rafah, sebaliknya menekankan sokongan berterusannya terhadap rejim Israel.

“Saya akan sentiasa memastikan Israel mempunyai semua yang diperlukan untuk mempertahankan diri terhadap Hamas dan semua musuh mereka,” kata Biden yang turut menyatakan persetujuan pentadbirannya terhadap bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin tidak bersalah.

“Kami berdiri bersama Israel untuk mengeluarkan (pemimpin Hamas) Yahya Sinwar dan seluruh penyembelih Hamas. Kami mahu Hamas dikalahkan, kami akan bekerjasama dengan Israel untuk mewujudkannya,” kata Presiden AS itu.

Ucapan menghormati Bulan Warisan Yahudi menandakan usaha yang jelas Biden untuk membaiki hubungannya yang semakin tegang dengan masyarakat Yahudi.

Selama berbulan-bulan, Biden dilaporkan bergelut untuk mengemudi politik domestik berduri dalam isu perang Israel-Hamas, menyinggung perasaan progresif atas sokongan teguh terhadap Netanyahu sebelum menimbulkan kemarahan Demokrat pro-Israel dengan menahan penghantaran bom ke Israel, yang menurutnya, hanya akan memburukkan lagi malapetaka kemanusiaan di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending