Connect with us

Terkini

“Kapal LCS lewat bukan tiada langsung macam terowong dasar laut,” – Ketua Pemuda UMNO

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa jangan membiarkan isu projek kapal tempur pesisir (LCS) menutup penyelewengan nyata dalam kes terowong Lim Guan Eng.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kapal LCS lewat bukan tiada langsung macam terowong dasar laut
Foto: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
  • Wujud perbezaan yang jelas antara fakta isu kapal LCS dan Terowong Dasar Laut Pulau Pinang melibatkan Bekas Ketua Menteri, DAP Lim Guan Eng.
  • “Yang jelas dalam kes Kapal LCS, isu utama yang dibangkitkan PAC adalah KELEWATAN. Kapal-kapal jelas masih sedang giat dibina. Namun pendirian tegas Pemuda UMNO, RCI wajar ditubuh untuk mengenal pasti secara tuntas punca kelewatan dan Peguam Negara mesti segera dakwa mereka yang seleweng!”
  • “Sedangkan dalam isu Terowong Dasar Laut, RM305 juta yang telah dibayar daripada kos RM6.3 billion terowong masih belum nampak sebarang hasil. Malah Lim Guan Eng sendiri sedang melalui proses mahkamah atas dakwaan menerima suapan rasuah RM3.3 juta berkaitan terowong tersebut.”

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa jangan membiarkan isu projek kapal tempur pesisir (LCS) menutup penyelewengan nyata dalam kes terowong Lim Guan Eng.

Katanya, wujud perbezaan yang jelas antara fakta isu kapal LCS dan Terowong Dasar Laut Pulau Pinang melibatkan Bekas Ketua Menteri, DAP Lim Guan Eng.

Tangkapan skrin FB Dr Asyraf Wajdi

“Yang jelas dalam kes Kapal LCS, isu utama yang dibangkitkan PAC adalah KELEWATAN. Kapal-kapal jelas masih sedang giat dibina. 

Namun pendirian tegas Pemuda UMNO, RCI wajar ditubuh untuk mengenal pasti secara tuntas punca kelewatan dan Peguam Negara mesti segera dakwa mereka yang seleweng!” tegasnya. 

Dalam pada itu, beliau turut memuat naik satu info grafik di media sosialnya yang menunjukkan perbezaan fakta di antara dua isu besar tersebut.

Beza kes lcs dan terowong

Beliau berkata,  “Sedangkan dalam isu Terowong Dasar Laut, RM305 juta yang telah dibayar daripada kos RM6.3 billion terowong masih belum nampak sebarang hasil. 

Malah Lim Guan Eng sendiri sedang melalui proses mahkamah atas dakwaan menerima suapan rasuah RM3.3 juta berkaitan terowong tersebut,” kata beliau yang turut meletakkan beberapa tanda pagar seperti #BeraniKeranaBenar, #BanterasRasuah dan #RasuahBusters pada penulisannya di Facebook.

Menurutnya, pendirian Pemuda UMNO jelas, siapa juga yang bersalah mesti dibawa ke muka pengadilan kerana melibatkan pembaziran wang rakyat dan masa depan negara.

Sementara itu, media melaporkan pada Isnin bahawa seorang bekas naib pengerusi eksekutif syarikat perkapalan akan didakwa di mahkamah hari ini atas tiga pertuduhan pecah amanah berhubung kes projek kapal tempur pesisir (LCS).

Sumber : Facebook Dr Asyraf Wajid Dusuki

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *