Connect with us

Terkini

‘Kapal kontroversi’ LCS pertama akhirnya dijangka diterima pada Januari 2026

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menerima dua buah kapal tempur pesisir (LCS) masing-masing dijangka diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Januari dan September 2026.

Wartawan TMT

Published

on

‘Kapal kontroversi’ LCS pertama akhirnya dijangka diterima pada Januari 2026
Foto: Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.
  • ATM akan menerima dua buah kapal tempur pesisir (LCS) masing-masing dijangka diserahkan kepada TLDM pada Januari dan September 2026.
  • “kapal ketiga pada Mei 2027, kapal keempat pada Januari 2028 dan kapal kelima pada September 2028,”
  • Walaupun pembinaan LCS diteruskan, ianya masih belum mencukupi untuk memenuhi keperluan tempur TLDM dalam usaha mengekang pencerobohan kawasan maritim negara.

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menerima dua buah kapal tempur pesisir (LCS) masing-masing dijangka diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Januari dan September 2026.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, pembinaan kapal-kapal berkenaan telah berjalan bermula awal September melibatkan mobilisasi peralatan dari pengilang peralatan asli (OEM) dan subkontraktor tempatan.

“Kabinet pada April lalu telah membuat keputusan untuk meneruskan projek LCS ini kerana ianya aset yang sangat diperlukan oleh TLDM bagi memastikan kedaulatan, integriti wilayah dan kepentingan maritim negara sentiasa terpelihara.

“Berdasarkan perancangan, kapal pertama dijangka diserahkan kepada TLDM pada Januari 2026, kapal kedua pada September 2026, kapal ketiga pada Mei 2027, kapal keempat pada Januari 2028 dan kapal kelima pada September 2028,” katanya pada sesi wawancara bersama pemberita di Wisma Perwira ATM, di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Affendi berkata, pihaknya turut mendaftarkan projek perolehan kapal misi pesisir (LMS) kelompok kedua dalam Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi tahun 2023.

“Perolehan LMS kelompok kedua menunggu kelulusan pelaksanaan projek daripada kerajaan. TLDM turut mengkategorikan projek ini sebagai kritikal dan perlu diberi keutamaan tertinggi.

“Sebagai sebuah negara maritim, keluasan perairan negara memerlukan TLDM mempunyai keupayaan cegah rintang yang kredibel,” jelas beliau.

Advertisement

Affendi memberitahu, berdasarkan konsep pertahanan dua wilayah TLDM memerlukan sekurang-kurangnya 12 buah kapal platform peluru berpandu (kombatan).

Tambahnya, walaupun pembinaan LCS diteruskan, ianya masih belum mencukupi untuk memenuhi keperluan tempur TLDM dalam usaha mengekang pencerobohan kawasan maritim negara.

“Bagi memenuhi keperluan ini, TLDM berpandangan perolehan baharu sebanyak lapan buah kapal LMS kelompok kedua perlu dilaksanakan seiring dengan perolehan lima buah LCS yang sedang berlangsung.

“Aset terbaharu yang telah memasuki inventori TLDM adalah empat buah kapal LMS kelompok pertama, tiga buah helikopter operasi maritim (HOM), enam buah bot pemintas (FIC) dan 12 buah sistem pesawat tanpa pemandu (UAS),” ujar beliau.

Sumber : Sinar Harian

Author

Terkini

Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK

Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
  • Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
  • “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 
  • “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.

“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 

“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.    

Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.

Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen. 

Advertisement

Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.

Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.

“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.

Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.

Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.

Advertisement

Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending