Connect with us

Terkini

Isu LCS: Mat Sabu, Liew nafi PH ‘membisu’

Bekas menteri pertahanan, Mohamad Sabu dan timbalannya ketika itu, Liew Chin Tong menafikan Pakatan Harapan “membisu” berhubung projek kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion ketika ia berkuasa, lapor Free Malaysia Today hari ini.

Wartawan TMT

Published

on

Mat Sabu, Liew nafi PH membisu
Foto: Mohamad Sabu dan Liew Chin Tong.
  • Bekas menteri pertahanan, Mohamad Sabu dan timbalannya ketika itu, Liew Chin Tong menafikan Pakatan Harapan “membisu” berhubung projek kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion ketika ia berkuasa.
  • Mereka mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan untuk menyiasat projek bermasalah itu, dalam mesyuarat pertama Jemaah Menteri PH pada 30 Mei 2018.
  • Pada 11 Feb 2020, wakil jawatankuasa telah memberi taklimat kepada Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad.
  • Dr. Mahathir memutuskan mereka yang melakukan kesalahan harus dibawa ke muka pengadilan, merombak pasukan pengurusan BNS, projek LCS dianggap projek sakit dan akan menerima suntikan dana untuk menggantikan dana hilang.
  • “Kementerian Pertahanan diarah membentang kertas Jemaah Menteri dalam masa terdekat. Malangnya, apa yang dirancang tidak berlaku berikutan Langkah Sheraton yang menjatuhkan kerajaan PH.” – Mohamad Sabu,  Liew.

PETALING JAYA: Bekas menteri pertahanan, Mohamad Sabu dan timbalannya ketika itu, Liew Chin Tong menafikan Pakatan Harapan “membisu” berhubung projek kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion ketika ia berkuasa, lapor Free Malaysia Today hari ini.

Mereka dalam kenyataan bersama berkata, Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK), untuk menyiasat projek bermasalah itu, dalam mesyuarat pertama Jemaah Menteri PH pada 30 Mei 2018.

Menurut mereka, Pengerusi JKSTUPKK, Ambrin Buang membentangkan penemuan berhubung projek LCS kepada kementerian pada 20 Ogos 2019.

“Pada 11 Feb 2020, wakil JKSTUPKK terdiri daripada Ambrin, Mohamad, Liew, Panglima Angkatan Tentera (ketika itu) Ariffin Buang, Panglima Tentera Laut, Reza Sany memberi taklimat kepada Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad,” menurut kenyataan itu.

Dr. Mahathir dalam mesyuarat itu, memutuskan mereka yang melakukan kesalahan harus dibawa ke muka pengadilan, merombak pasukan pengurusan BNS, projek LCS dianggap projek sakit dan akan menerima suntikan dana untuk menggantikan dana hilang.

“Kementerian Pertahanan diarah membentang kertas Jemaah Menteri dalam masa terdekat. Malangnya, apa yang dirancang tidak berlaku berikutan Langkah Sheraton yang menjatuhkan kerajaan PH.

“Kerajaan PH telah membuat keputusan mengenai hala tuju projek ini pada Februari 2020 berpandukan cadangan JKSTUPKK, namun kerajaan jatuh pada bulan tersebut juga.”

Advertisement

Semalam, bekas perdana menteri, Dato’ Sri Najib Razak dilaporkan berkata, PH “tengok sahaja” dan “membisu” ketika LCS pertama gagal diserahkan pada 2019.

Najib turut mempersoalkan status projek itu dari Mei 2018 hingga September 2019, apabila ia ditangguhkan.

Mohamad dan Liew berkata, kemajuan projek itu mencapai 50.15% pada Januari 2018, sedangkan ia sepatutnya mencapai 70% siap ketika itu dan ia hanya siap 56.39% berbanding 82.41% pada Januari 2020.

Mereka berkata, jaminan Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein bahawa LCS pertama yang dibina Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan siap dalam setahun dua lagi “tidak realistik” kerana reka bentuk terperinci yang sepatutnya dimuktamadkan pada November 2016 hanya siap kira-kira 80% ketika itu.

Menurut mereka, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Muez Abdul Aziz pada 27 Sept 2021, memaklumkan PAC, selepas BNS menyiapkan reka bentuk terperinci itu, Naval Group memerlukan sekurang-kurangnya 12 bulan dari tarikh pembayaran dibuat untuk menyiapkan pengesahan sebagai “design authority”.

“Proses reka bentuk adalah proses yang paling penting dalam pembinaan LCS. Tanpa reka bentuk lengkap yang diluluskan oleh kedua-dua Naval Group dan Bureau Veritas, projek LCS tidak dapat diteruskan dan sebarang status siap kerja yang lain adalah tidak bermakna,” kata mereka.

Advertisement

Sumber : Free Malaysia Today

Author

Terkini

PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 

Hidayah Sani

Published

on

PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 
  • Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
  • Beliau turut mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India. 

KUALA LUMPUR — Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 

Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat yang dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.

Ini susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.

Sesungguhnya, jawapan tersebut amatlah bersifat lebih untuk meraih populariti dan terlalu berpolitik. Apakah wajar bagi seseorang individu mempunyai dua kerakyatan? Di manakah kecenderungan bagi individu terbabit untuk menumpahkan kesetiaanya? 

“Sepatutnya jawapan isu sensitif seumpama ini tidak perlu dilayan dengan jawapan tegas iaitu mana mungkin dan mustahil seseorang boleh memiliki dua kerakyatan malah untuk memohon menjadi rakyat Malaysia mesti memenuhi syarat-syarat yang ketat mengikut undang-undang yang sedia ada selama ini. 

“Malah ada gesaan disyaratkan dengan lebih tegas iaitu penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zarina menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum Bumiputera untuk menentang cadangan itu serta berpendirian sebarang kajian tidak perlu dilakukan sama sekali kerana ia keputusan muktamad.

Advertisement

Pada masa sama, beliau mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India kerana perkara itu lebih mengundang mudarat daripada keuntungan.

Katanya, perkara perlu diberikan keutamaan bukanlah terkait kerakyatan sebaliknya isu 1.2 juta warga negara China yang direkodkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), masuk ke Malaysia dalam tempoh 2018 hingga 2021 namun masih tiada rekod keluar dari negara ini. 

Ia merupakan suatu jumlah yang amat menggusarkan dan perlu diambil tindakan telus dan tegas kerana ianya pelanggaran undang-undang dan soal keselamatan negara. 

“Ini yang patut diberi keutamaan bukan soal kerakyatan dan dikejutkan pula dengan pengumuman Menteri Pelancongan mengenai cadangan pengecualian Visa kepada pelancong terutama dari Cina dan mungkin dari India atas nama kepentingan merancakkan ekonomi tetapi boleh membawa padah kepada keselamatan negara dan masalah sosial yang kini pun sudah parah dan tidak terkawal. 

“Cuba bayangkan jika pelancong Cina masuk tanpa tapisan melalui Visa dengan bebas. Pasti ramai akan hilang dan menetap di Malaysia. 

“Isu rasuah yang menjadi barah akan menjadi lebih buruk di kalangan penguatkuasa. Perkara ini amat mengerikan kepada masa depan negara Malaysia,” kata Zarina. 

Advertisement

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghasilkan satu laporan berkenaan pengecualian visa untuk pelancong China.

King Sing berkata, kerajaan dijangka akan mendraf dasar mengenai hari lawatan yang dibenarkan untuk berada di Malaysia melalui perkhidmatan pengecualian visa. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Parti Bumiputera Perkasa Malaysia – PUTRA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending