Connect with us

Komuniti

Kuliah subuh terlalu bising, seorang lelaki rampas mikrofon penceramah

Tindakan seorang lelaki menarik mikrofon daripada seorang penceramah dan menjerit mendakwa ceramah yang disampaikan terlalu bising dan mengganggunya membawa padah apabila suspek ditahan, pada Isnin.

Wartawan TMT

Published

on

Kuliah subuh terlalu bising
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang lelaki ditahan akibat menarik mikrofon penceramah dan menjerit mendakwa ceramah disampaikan terlalu bising dan mengganggu.
  • Kejadian berlaku pada Ahad ketika kuliah subuh di surau Ampang Campuran. 
  • “Tindakan suspek tidak beradab dan telah mengganggu tempat ibadah dan jemaah surau yang lain.” – Ketua Polis Daerah Ampang Jaya.
  • Suspek bekerja sebagai penjaga stor diberkas pada Isnin kira-kira jam 7 malam di sekitar Ampang dan didapati mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah dan ugutan jenayah.
  • Suspek direman empat hari hingga 12 Ogos untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1956.

AMPANG – Tindakan seorang lelaki menarik mikrofon daripada seorang penceramah dan menjerit mendakwa ceramah yang disampaikan terlalu bising dan mengganggunya membawa padah apabila suspek ditahan, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian jam 7.06 pagi di sebuah Surau Baitul Ehsan Ampang Campuran pada Ahad itu berlaku ketika kuliah subuh, lapor Sinar Harian.

“Ketika kejadian, suspek menuju ke arah penceramah lalu menarik mikrofon dan menjerit menyatakan kuliah tersebut terlalu bising dan mengganggunya.

“Tindakan suspek tidak beradab dan telah mengganggu tempat ibadah dan jemaah surau yang lain,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Katanya, tindakan suspek kemudiannya dihalang jemaah surau yang lain.

“Jemaah surau meminta suspek meninggalkan surau tersebut dengan cara baik,” katanya.

Menurutnya, suspek yang bekerja sebagai penjaga stor diberkas pada Isnin kira-kira jam 7 malam di Jalan Ikan Emas Mesra.

“Semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah dan ugutan jenayah,” katanya.

Tambahnya, suspek berusia 34 tahun itu direman empat hari sehingga 12 Ogos untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan iaitu berniat melukakan perasaan agama seseorang yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai setahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.

Kes juga disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1956 iaitu kelakuan aib dan boleh dikenakan denda tidak lebih RM100, ujar beliau.

Sumber : Sinar Harian, Malaysiagazette

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Komuniti

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong

Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Hanani Zulkifli

Published

on

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong
Foto: Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung (kiri), & Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri (kanan hujung).
  • Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.
  • Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
  • Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     
  • “Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.
  • “Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

KUALA LUMPUR – Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     

“Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.

“Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

Firdaus Wong berkata sahabatnya itu berkelayakan jurusan pengajian Islam dari Universiti Maghribi dan sangat aktif dalam bidang dakwah, khususnya penulisan dalam bidang hadis, maqasid syariah dan sejarah Islam.

Malah, katanya, Mohd Fikri telah menghasilkan lebih 20 buku dan pernah menjadi kolumnis dalam beberapa majalah.

“Namun hasratnya untuk meneruskan usaha dakwah itu terhenti disebabkan penyakit yang dialaminya,” kata Firdaus Wong. 

Mana-mana pihak ingin membantu usaha dakwah dan kebajikan MRM, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun MAYBANK 5648 1052 0353 (Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor). — The Merdeka Times

Sumber:  Facebook

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending