Komuniti
Insiden rampasan mikrofon, ceramah & kuliah dilarang guna pembesar suara luar : JAIS
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menyiasat pentadbir surau susulan dakwaan pihak pengurusannya memasang pembesar suara di luar masjid ketika berceramah sehingga mencetuskan insiden rampasan mikrofon, pada Ahad.
- JAIS akan menyiasat pentadbir surau susulan dakwaan pihak pengurusannya memasang pembesar suara di luar masjid ketika berceramah hingga cetuskan insiden rampasan mikrofon, pada Ahad.
- Arahan larangan penggunaan pembesar suara luar dikeluarkan sejak 23 Okt 2017 kepada semua masjid dan surau di negeri itu.
- Ia selaras titah Sultan Selangor bahawa penggunaan pembesar suara untuk ceramah dan kuliah hendaklah dihadkan dalam ruang atau dewan masjid dan surau sahaja.
- Baginda bertitah demikian agar imej dan kemuliaan Islam sebagai sistem cara hidup sempurna, dinamik serta sentiasa mementingkan kesejahteraan masyarakat, sekali gus menjadi teladan baik.
- “Pembesar suara luar hanya boleh digunakan bagi tujuan azan dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran bagi tempoh pendek sebelum azan dilaungkan,” – Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mohd Shahzihan Ahmad.
- Siasatan lanjut akan dibuat mengikut Seksyen 12 (a) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor No.9 Tahun 1995 kerana disyaki berlaku perbuatan melanggar titah Sultan Selangor atas sifat baginda sebagai Ketua Agama Islam di negeri itu.
PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menyiasat pentadbir surau susulan dakwaan pihak pengurusannya memasang pembesar suara di luar masjid ketika berceramah sehingga mencetuskan insiden rampasan mikrofon, pada Ahad.
Semalam, polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun kerana mengamuk dalam surau selepas mendakwa kuliah Subuh terlalu bising hingga mengganggunya, dalam kejadian di Ampang Campuran, di sini.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mohd Shahzihan Ahmad ketika mengulas lanjut, berkata arahan melarang penggunaan pembesar suara luar sudah dikeluarkan, bermula 23 Okt 2017 kepada semua masjid dan surau di negeri itu.
Menurut Free Malaysia Today, katanya, ia selaras titah Sultan Selangor berkaitan perkara itu yang jelas bertitah bahawa penggunaan pembesar suara untuk ceramah dan kuliah hendaklah dihadkan dalam ruang atau dewan masjid dan surau sahaja.
“Siasatan lanjut akan dibuat mengikut Seksyen 12 (a) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor No.9 Tahun 1995 kerana disyaki berlakunya satu perbuatan melanggar titah Sultan Selangor atas sifat baginda sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini,” katanya.
Beliau berkata, baginda bertitah demikian agar imej dan kemuliaan Islam sebagai sistem cara hidup sempurna, dinamik serta sentiasa mementingkan kesejahteraan masyarakat, sekali gus menjadi teladan yang baik.
“Pembesar suara luar hanya boleh digunakan bagi tujuan azan dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran bagi tempoh pendek sebelum azan dilaungkan,” katanya.
Dalam kejadian merampas mikrofon itu, suspek direman empat hari hingga 12 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1956.
Ketua Polis Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak, berkata hasil semakan mendapati suspek memiliki dua rekod kesalahan dadah dan ugutan jenayah.
Sumber : Free Malaysia Today
Komuniti
Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong
Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.
- Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.
- Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
- Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.
- “Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.
- “Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.
KUALA LUMPUR – Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.
Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.
“Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.
“Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.
Firdaus Wong berkata sahabatnya itu berkelayakan jurusan pengajian Islam dari Universiti Maghribi dan sangat aktif dalam bidang dakwah, khususnya penulisan dalam bidang hadis, maqasid syariah dan sejarah Islam.
Malah, katanya, Mohd Fikri telah menghasilkan lebih 20 buku dan pernah menjadi kolumnis dalam beberapa majalah.
“Namun hasratnya untuk meneruskan usaha dakwah itu terhenti disebabkan penyakit yang dialaminya,” kata Firdaus Wong.
Mana-mana pihak ingin membantu usaha dakwah dan kebajikan MRM, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun MAYBANK 5648 1052 0353 (Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor). — The Merdeka Times
Sumber: Facebook