Connect with us

Antarabangsa

“Burqa tidak pernah menyakiti saya, tetapi lelaki memakai sut yang membawa kita kepada peperangan.”

Stereotaip boleh menjadi sangat bahaya dan sering menjadi asas kepada kebencian dan ketaksuban. Jenayah kebencian terhadap umat islam telah meningkat kepada 1617 peratus dari 2000 hingga 2001 susulan serangan 11 September 2001.

Wartawan TMT

Published

on

Burqa tidak pernah menyakiti saya, tetapi lelaki memakai sut yang membawa kita kepada peperangan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Satu surat yang ditulis kepada The Guardian mendedahkan bagaimana manusia telah diajar untuk takut kepada wanita yang memakai burka sedangkan lelaki yang memakai sut sentiasa merosakkan kehidupan manusia.
  • Surat itu ditulis sebagai tindak balas kepada pegawai polis yang memaksa seorang wanita menanggalkan burkininya di pantai Nice di Perancis rentetan banyak bandar di Perancis telah mengharamkan burkini dan penutup muka.
  • Walaupun jenayah kebencian terhadap Islam telah menurun dengan ketara sejak dua dekad yang lalu, Islamophobia masih menjadi isu besar di Amerika.

Stereotaip boleh menjadi sangat bahaya dan sering menjadi asas kepada kebencian dan ketaksuban.

Jenayah kebencian terhadap umat islam telah meningkat kepada 1617 peratus dari 2000 hingga 2001 susulan serangan 11 September 2001.

Walaupun jenayah kebencian menurun dengan ketara sejak dua dekad lalu, Islamophobia masih menjadi isu besar di Amerika dan di kebanyakan tempat lain di dunia.

Artikel surat pembaca kepada The Guardian mendedahkan bagaimana manusia diajar merasa takut kepada wanita memakai burka sedangkan lelaki yang memakai sut sentiasa merosakkan kehidupan semua orang.

Surat itu ditulis sebagai tindak balas kepada pegawai polis yang memaksa seorang wanita menanggalkan burkininya di pantai Nice di Perancis selepas bandar-bandar di negara itu telah mengharamkan pemakaian burkini dan penutup muka.

Henry Stuart yang berasal dari London dalam suratnya berkata, “Tiada wanita berburqa (atau hijab atau burkini) yang pernah menyakiti saya”, mendedahkan pengalaman peribadinya yang bertentangan dengan semua stereotaip dikaitkan dengan umat Islam.

“Tetapi saya telah dipecat (tanpa penjelasan) seorang lelaki yang memakai sut,” kata Stuart.

Stuart berkata lelaki memakai sut jugalah yang menyekat bayaran pencennya, merosakkan dunia, memulakan peperangan, meruntuhkkan ekonomi dunia dan menyebabkan banyak manusia lain sengsara.

“JIka kita memberitahu kepada semua orang tentang apa yang mereka patut pakai, mungkin kita patut haramkan saman,” katanya mempersoalkan tindakan hipkrasi mereka yang mengharamkan pemakaian burqa.

Sumber: Upworthy

 

Author

Antarabangsa

Modi mengaku diutus tuhan

Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata beliau yakin dirinya tidak dilahirkan secara biologi dan beliau diutuskan tuhan untuk melakukan kerja-kerjanya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.
  • Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata beliau yakin dirinya tidak dilahirkan secara biologi dan beliau diutuskan tuhan untuk melakukan kerja-kerjanya.
  • Modi dilaporkan berkata demikian ketika berkempen untuk Parti Bharatiya Janata (BJP) di Basti, Uttar Pradesh pada 22 Mei lalu.
  • “Ketika ibu saya masih hidup, saya percaya saya dilahirkan secara biologi. Selepas ibu meninggal dunia, merenung pengalaman saya, saya yakin bahawa tuhan telah menghantar saya. 
  • “Tenaga ini bukan dari tubuh biologi saya tetapi diberikan oleh tuhan. Saya percaya tuhan telah memberikan saya kebolehan, inspirasi dan niat yang baik dengan tujuan. 
  • “Saya hanyalah alat, dan setiap kali saya melakukan apa-apa, saya rasa dibimbing oleh tuhan.” Inilah respons kepada soalan utama dari lima tahun lalu, “Mengapa kamu tidak keletihan?,” kata Modi kepada News18 dipetik Free Press Kashmir.
  • Modi dilaporkan berusaha untuk menaikkan imejnya dengan dakwaan mereka mengundinya akan mendapat manfaat daripada kerja baik yang akan dilakukannya.
  • “Perdana Menteri (Modi) yang akan tamat tempoh ini nampaknya fikir dia adalah tuhan. Ini adalah tahap khayalan dan keangkuhan yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata Ketua Media Kongres, MP Jairam Ramesh.

Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata beliau yakin dirinya tidak dilahirkan secara biologi dan beliau diutuskan tuhan untuk melakukan kerja-kerjanya.

Modi dilaporkan berkata demikian ketika berkempen untuk Parti Bharatiya Janata (BJP) di Basti, Uttar Pradesh pada 22 Mei lalu.

Free Press Kashmir melaporkan Modi berusaha untuk menaikkan imejnya dengan dakwaan mereka mengundinya akan mendapat manfaat daripada kerja baik yang akan dilakukannya.

Dalam temu bual dengan News18 pada 14 Mei lalu, sebelum memfailkan kertas pencalonan Lok Sabha (Dewan Rakyat India) bagi kawasan Varanasi, Modi membuat kenyataan mengaitkan hubungan ketuhanan membabitkan dirinya.

“Ketika ibu saya masih hidup, saya percaya saya dilahirkan secara biologi. Selepas ibu meninggal dunia, merenung pengalaman saya, saya yakin bahawa tuhan telah menghantar saya. 

“Tenaga ini bukan dari tubuh biologi saya tetapi diberikan oleh tuhan. Saya percaya tuhan telah memberikan saya kebolehan, inspirasi dan niat yang baik dengan tujuan. 

“Saya hanyalah alat, dan setiap kali saya melakukan apa-apa, saya rasa dibimbing oleh tuhan.” Inilah respons kepada soalan utama dari lima tahun lalu, “Mengapa kamu tidak keletihan?,” kata Modi kepada News18 dipetik Free Press Kashmir.

Modi sebelum ini menyebut dirinya sebahagian daripada rancangan tuhan, tetapi komen dibuat dalam tempoh kempen pilihan raya yang semakin sengit menarik perhatian ramai.

Ketua Media Kongres, MP Jairam Ramesh mengkritik kenyataan Modi dan menyifatkannya sebagai cerminan “khayalan dan keangkuhan yang belum pernah berlaku sebelum ini”, mencadangkan perkara itu sebagai indikasi kekalahannya akan datang. 

“Perdana Menteri yang akan tamat tempoh ini nampaknya fikir dia adalah tuhan. Ini adalah tahap khayalan dan keangkuhan yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata Ramesh. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending