Connect with us

Terkini

Arul Kanda tidak tahu bekas hakim mahkamah tinggi terbabit kes 1MDB

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat bahawa, beliau tidak mengetahui secara langsung, bahawa seorang bekas Hakim Mahkamah Tinggi di sini, terbabit dalam pinjaman RM4.1 bilion oleh Maybank kepada syarikat kontroversi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Arul Kanda tidak tahu bekas hakim mahkamah tinggi terbabit kes 1MDB
Foto: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy.
  • Arul Kanda Kandasamy memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak mengetahui secara langsung berkenaan isu bekas Hakim Mahkamah Tinggi terbabit dalam pinjamin RM 4.1 bilion oleh Maybank.
  • Arul Kanda memaklumkan ketika sesi soal balas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah semasa prosiding meminda laporan audit 1MDB membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • Arul Kanda memaklumkan dia tidak pernah menghubungi atau bertemu dengan Hakim itu.

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat bahawa, beliau tidak mengetahui secara langsung, bahawa seorang bekas Hakim Mahkamah Tinggi di sini, terbabit dalam pinjaman RM4.1 bilion oleh Maybank kepada syarikat kontroversi itu.

Saksi pendakwaan ke-15, Arul Kanda berkata demikian ketika sesi soal balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah semasa prosiding meminda laporan audit 1MDB membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Arul Kanda, 46, berkata, beliau menyedari bahawa Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali bertindak sebagai Kaunsel Kumpulan Maybank namun tidak pernah menghubungi atau bertemu dengan hakim itu.

Najib, 68, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir pengauditan 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya. 

Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan berkenaan bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB. 

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 23(1) dan 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi jika sabit kesalahan. 

Prosiding perbicaraan kes itu bersambung pada 2 September ini.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending