Connect with us

Terkini

‘Ada lagi pendedahan mengejutkan lepas LCS…’ – Ketua Pemuda PAS

Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari memberi bayangan bahawa pendedahan selepas isu kegagalan pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) itu tidak kurang mengejutkan.

Wartawan TMT

Published

on

Ada lagi pendedahan mengejutkan lepas LCS
Foto: Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli.
  • Menyatakan hal itu secara ringkas di media sosial Ahmad Fadhli berkata, orang ramai tidak perlu “bimbang” kerana pendedahan berkenaan akan dibuat mengikut giliran.
     “Ada lagi pendedahan-pendedahan mengejutkan selepas isu LCS.
    “Jangan bimbang, satu persatu akan menyusul. Fasten your seat belt (pasang tali pinggang keledar anda),” katanya hari ini.

Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari memberi bayangan bahawa pendedahan selepas isu kegagalan pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) itu tidak kurang mengejutkan.

Ini kerana suasana politik dan pentadbiran di negara ini akan terus panas dengan siri pendedahan lain tidak lama lagi.

Menyatakan hal itu secara ringkas di media sosial Ahmad Fadhli berkata, orang ramai tidak perlu “bimbang” kerana pendedahan berkenaan akan dibuat mengikut giliran.

“Ada lagi pendedahan-pendedahan mengejutkan selepas isu LCS.

“Jangan bimbang, satu persatu akan menyusul. Fasten your seat belt (pasang tali pinggang keledar anda),” katanya hari ini.

Untuk rekod isu kegagalan pembinaan LCS milik Tentera Laut Diraja Malaysia menjadi panas selepas Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendedahkan dapatan mereka pada 4 Ogos lalu.

Siasatan badan di bawah parlimen itu mendapati di sebalik sejumlah besar wang dibelanja dan diperuntukkan untuk projek tersebut, belum ada satu pun LCS disiapkan.

Advertisement

Malah beberapa saranan TLDM selaku pengguna akhir kelengkapan pertahanan tersebut juga didakwa diabaikan Kementerian Pertahanan dan syarikat yang mendapat kontrak membinanya.

Ia juga menjadi perhatian ramai apabila satu majlis perasmian ‘LCS’ berkenaan – diberi nama KD Maharajalela – dilangsungkan di Lumut pada 2017 oleh Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, serta disaksikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

PAC dianggotai 14 ahli parlimen pelbagai parti dengan dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh. Ahmad Fadhli adalah seorang daripada anggota PAC terbabit.

Melalui hantaran sama, Ahmad Fadhli juga secara sinis menyindir, dipercayai merujuk kepada pihak yang terlibat dalam isu tersebut.

“Seperti kata pepatah, ambil mana-mana yang sempat,” katanya yang juga ahli parlimen Pasir Mas.

Sumber : Malaysia Kini

Advertisement

 

Author

Terkini

Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK

Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
  • Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
  • “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 
  • “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.

“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 

“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.    

Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.

Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen. 

Advertisement

Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.

Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.

“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.

Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.

Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.

Advertisement

Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending