Terkini
Perbicaraan kes gangguan seksual Ebit Lew bersambung 7 Februari
Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 7 hingga 10 Februari 2023 sebagai tarikh sambungan perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew, 37.
- Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 7 hingga 10 Februari 2023 sebagai tarikh sambungan perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan Ebit Lew.
- Majistret Nur Asyraf Zolhani menetapkan perbicaraan akan disambung semula pada pukul 10 pagi, 7 Februari tahun depan.
- Dakwaan terhadap Ebit dilakukan susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa wanita berusia 42 tahun pada 7 Ogos 2021.
- Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.
- Beliau didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.
TENOM: Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 7 hingga 10 Februari 2023 sebagai tarikh sambungan perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew, 37.
Majistret Nur Asyraf Zolhani menetapkan tarikh tersebut selepas kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan berbincang mengenai tarikh perbicaraan seterusnya.
Majistret menetapkan perbicaraan akan disambung semula pada pukul 10 pagi, 7 Februari tahun depan.
Mahkamah turut membenarkan ikat jamin tertuduh iaitu Ebit dilanjutkan. Sejak perbicaraan bermula pada 27 September lalu, lima saksi pendakwaan telah dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes berkenaan.
Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.
Maka, beliau didakwa dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.
Dakwaan terhadap Ebit dilakukan susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa wanita berusia 42 tahun pada 7 Ogos 2021.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia.
Sementara itu, Ebit diwakili Peguam Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Timothy Daut. – UTUSAN
Sumber: Utusan