Connect with us

Terkini

DAP pun tak berani nak iktiraf UEC

Parti Tindakan Demokratik (DAP) dipercayai tidak akan berani untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

DAP pun tak berani nak iktiraf UEC
Foto: Tai Zee How (kiri), Lim Guan Eng (kanan).
  • “Saya berpendapat DAP pun tidak berani nak iktiraf, mereka akan cakap tentang kaji, kaji, kaji, dan akhirnya setelah lima tahun pun takkan iktiraf, lepas itu diaorang salahkan PN dan mungkin BN.
  • “Kalau iktiraf pun, saya berpendapat ini akan cetus satu penukaran kerajaan pada PRU depan dan kerajaan masa itu, PN akan nyah-iktiraf balik,” – Peguam, Tai Zee How atau Apek Cina.
  • Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) sebelum ini membangkitkan gesaan yang pernah dibuat ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH), dua tahun lalu, supaya UEC diiktiraf yang ditentang banyak pihak. 
  • Ini kerana UEC yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar adalah bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

KUALA LUMPUR – Parti Tindakan Demokratik (DAP) dipercayai tidak akan berani untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC).

Peguam, Tai Zee How atau lebih dikenali dengan panggilan Apek Cina berkata, sekalipun sijil itu diiktiraf, ia akan mencetuskan penukaran kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) depan.

Beliau percaya kerajaan baharu pada masa itu akan menyah-iktiraf balik UEC.

Katanya, tindakan tidak mengiktiraf UEC untuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan jawatan kerajaan pusat adalah keinginan majoriti rakyat Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi.

“Tiada apa-apa yang menghalang saya daripada belajar Bahasa Ibunda saya yang dijamin dalam Perlembagaan, dan disalah-guna oleh pihak tertentu untuk gorengkan isu ini demi politik.

“Saya berpendapat DAP pun tidak berani nak iktiraf, mereka akan cakap tentang kaji, kaji, kaji, dan akhirnya setelah lima tahun pun takkan iktiraf, lepas itu diaorang akan salahkan Perikatan Nasional (PN) dan mungkin Barisan Nasional (BN).

“Kalau iktiraf pun, saya berpendapat ini akan mencetus satu penukaran kerajaan pada PRU depan dan kerajaan masa itu, PN akan nyah-iktiraf balik,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau semalam.

Apek Cina berkata lebih ramai pelajar Tiong Hwa yang ambil Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) daripada UEC.

Katanya, mereka yang lantang menyuarakan isu itu adalah daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan ahli politik berkepentingan.

“Pendidikan Tiong Hwa bukan hak milik NGO dan ahli politik, malah seluruh dunia. 

“Sekarang telah ramai pelajar Melayu yang menuntut di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), pandai Bahasa Tiong Hwa tanpa perlu masuk sekolah UEC.

“Anda tidak berhak untuk kritik siapa-siapa yang enggan sokong UEC kerana UEC bukan segala-galanya mewakili Pendidikan Tiong Hwa,” katanya. 

Media sebelum ini melaporkan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) sekali lagi membangkitkan gesaan yang pernah dibuat ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH), dua tahun lalu supaya UEC diiktiraf. 

Gesaan itu mendapat pelbagai reaksi di mana sebahagian pihak menegaskan pendirian bahawa UEC bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). – The Merdeka Times

Sumber : Facebook Ulasan Apek Cina

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *