Connect with us

Terkini

Khairy layak jadi PM, tapi berada dalam parti salah – Muhyiddin

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin layak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada masa hadapan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Khairy layak jadi PM, tapi berada dalam parti salah - Muhyiddin
Foto: Dari kiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Khairy Jamaludin.
  • Calon BN Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin layak pegang jawatan Perdana Menteri pada masa hadapan, kata Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
  • Muhyiddin mengakui Khairy punyai kredibiliti dan kesungguhan selain cemerlang laksanakan tugas sebagai menteri.
  • “Dia urus soal COVID-19 dan sebagainya dengan baik, ada masa depan baik, cuma dia ada dalam parti yang salah.”
  • “Mungkin dia kena ambil alih UMNO dan jadi presiden. Peroleh jumlah kerusi banyak serta boleh membentuk kerajaan ketika itu. Ketika ini dia boleh cakap sahaja, tak salah pun.”

PAGOH: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin layak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada masa hadapan.

Muhyiddin yang juga penyandang Parlimen Pagoh itu mengakui Khairy mempunyai kredibiliti dan kesungguhan selain cemerlang melaksanakan tugas sebagai menteri.

“Saya fikir mungkin bukan cakap kosong. Dia seorang tokoh yang bagus, malah dalam Kabinet saya pun dia antara orang yang dipercayai.

“Dia menguruskan soal COVID-19 dan sebagainya dengan baik, ada masa depan yang baik, cuma dia ada dalam parti yang salah.

“Tapi tak mengapalah, semua orang mempunyai cita-cita untuk jadi apa sekalipun. Tak perlu tanya kenapa kau nak jadi PM? Itu impian dia. Tapi bila masanya?

“Mungkin dia kena ambil alih UMNO dan jadi presiden. Peroleh jumlah kerusi yang banyak serta boleh membentuk kerajaan ketika itu. Ketika ini dia boleh cakap sahaja, tak salah pun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Program Sembang Santai Bersama Masyarakat di Kampung Panjang Sari, di sini, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui Menteri Kesihatan itu layak menerajui negara pada masa hadapan.

Ismail Sabri dilaporkan berkata, langkah pertama adalah Khairy perlu memenangi pilihan raya dan mendapat sokongan majoriti parti terlebih dahulu sebelum dilantik memegang jawatan berkenaan.

Sumber : Sinar Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *