Connect with us

Komuniti

[VIDEO] Jangan sokong calon anti orang masuk Islam – Mufti Perlis

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan orang Islam tidak boleh menyokong mana-mana parti politik mahupun calon pemimpin yang menunjukkan sisi mereka ada sentimen anti-Islam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

[VIDEO] Jangan sokong calon anti orang masuk Islam - Mufti Perlis
Foto: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
  • Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan orang Islam tidak boleh sokong parti politik mahupun calon pemimpin ada sentimen anti-Islam.
  • “Saya tak tahu orang lain, tapi kita dan saya tidak boleh sokong golongan anti-Islam, dosa. Anti-Islam dan orang masuk Islam mereka lawan, geng-geng ini kita terlibat, kita sokong mereka sama sahaja seperti kita sokong musuh Islam untuk kuasai orang Islam.”
  • Kaki rasuah juga tidak boleh disokong kerana mereka musuh negara.

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan orang Islam tidak boleh menyokong mana-mana parti politik mahupun calon pemimpin yang menunjukkan sisi mereka ada sentimen anti-Islam.

Beliau menerusi hantaran di Facebooknya, berkata demikian dalam video berdurasi satu minit 26 saat bagi menjawab pertanyaan daripada pendengar kuliah maghrib yang mengajukan persoalan bagaimanakah cara untuk membuat pilihan pemimpin yang tepat menjelang PRU15.

Katanya, “Saya tak tahu orang lain, tapi kita (pendengar kuliah maghrib) dan saya tidak boleh sokong golongan anti-Islam, dosa. Anti-Islam dan orang yang masuk Islam mereka lawan, geng-geng ini kita terlibat, kita sokong mereka sama sahaja seperti kita sokong musuh Islam untuk menguasai orang Islam.”

Beliau juga berkata, situasi tersebut boleh dirujuk kepada kes-kes terdahulu melibatkan kejadian di Perlis di mana terdapat pihak menentang pengislaman seorang individu, maka baginya golongan penentang itu wajar kita tolak dari jadi pemimpin.

“Kita tengok jugalah yang kes kita di Perlis yang masuk Islam, muka-muka itu kita tau.

Satu lagi, kadang-kadang dia bukan isu anti islam tapi kaki rasuah. Itu pun tak boleh. Musnah negara, jadi anti-Islam tak boleh, kaki rasuah pun tak boleh,” katanya. – The Merdeka Times

Sumber : Facebook Dr Maza

Author