Connect with us

Antarabangsa

Penganut Kristian dipecat enggan baca buku LGBT

Seorang guru taska di California, Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman terhadap bekas majikannya minggu lalu kerana memecatnya selepas beliau enggan membacakan buku berunsur LGBT kepada kanak-kanak di situ.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Gara-gara dipecat kerana tidak mahu membacakan buku berunsur LGBT kepada kanak-kanak, Guru beragama Kristian Nelli Parisenkova memfailkan saman terhadap bekas majikannya, Bright Horizons.
  • Saman difailkan di Mahkamah Tinggi California minggu lalu, diwakili peguam dari Thomas More Society.
  • Parisenkova mendakwa Bright Horizon sengaja mewujudkan suasana kerja yang tidak selaras dengan pegangan agamanya yang membawa kepada pemecatannya.

Seorang guru taska di California, Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman terhadap bekas majikannya minggu lalu kerana memecatnya selepas beliau enggan membacakan buku berunsur LGBT kepada kanak-kanak di situ.

Nelli Parisenkova, yang diwakili peguam dari Thomas More Society, mendakwa buku itu mengandungi watak pasangan sama jantina.

Dia yang juga penganut agama Kristian mendakwa ia bercanggah dengan ajaran agamanya.

Fox News melaporkan Parisenkova berkhidmat di taska Bright Horizons Children’s Center selama empat tahun dengan menjaga kanak-kanak di bawah umur lima tahun.

Menurut aduan difailkan Parisenkova di Mahkamah Tinggi California itu, guru itu sedia maklum terdapat bahan bacaan berunsur LGBT di taska itu, namun tidak diwajibkan untuk membacanya.

Situasi itu berubah pada April lalu apabila Katy Callas, pengarah cawangan taska itu, mengetahui tentang pegangan agama guru itu dan menafikan pegangannya dengan mewujudkan suasana kerja bertentangan, sehingga membawa kepada penamatan khidmat Parisenko.

Parisenkova secara rasmi meminta suasana kerja yang selaras dengan pegangan agamanya itu, yang sebelum ini dipersetujui Bright Horizon secara tidak rasmi. 

Bagaimanapun, permintaan itu secara rasminya ditolak dan tiada usaha Bright Horizon untuk cuba mewujudkan suasana itu.

Sebaliknya, Bright Horizons mengeluarkan memo kaunseling dengan kenyataan palsu, menamatkan faedah insurans hayatnya, mengarahnya menjalani latihan semula dan menggalakkannya meletakkan jawatannya.

Oleh kerana Parisenkova tidak mampu melaksanakan tugas yang tidak selaras dengan keperluannya itu, Bright Horizons memecatnya.

Saman itu memberi tamparan hebat kepada Bright Horizons dan kakitangannya dengan beberapa pertuduhan, termasuk tindakan balas menyalahi undang-undang, gagal mencegah diskriminasi dan gangguan, gangguan berasaskan agama, penamatan perkhidmatan yang salah dan layanan tidak adil.

 Sumber: Fox News

Author