Connect with us

Terkini

[VIDEO] Jubah jadi penyelamat wanita daripada cubaan bunuh diri

Seorang wanita berpakaian jubah dan mengenakan purdah membatalkan niatnya untuk cubaan membunuh diri susulan dipujuk dan diselamatkan pengguna jalan raya bagi menenangkannya di Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan semalam. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

[VIDEO] Jubah jadi penyelamat wanita daripada cubaan bunuh diri
  • Seorang wanita berpakaian jubah dan mengenakan purdah membatalkan niatnya untuk cubaan membunuh diri susulan dipujuk dan diselamatkan pengguna jalan raya bagi menenangkannya di Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan.
  • “Wanita itu sudah hampir terjatuh dari jambatan tapi kakinya dan jubah yang dipakai tersekat sebelum segera dipegang orang ramai,” – Saksi. 
  • “Kami tak pasti wanita itu dari arah mana cuma dia memakai jubah dan berniqab malah dia juga sudah hampir terjatuh dari jambatan, nasib baik orang ramai sempat memegangnya,” – Saksi.

KOTA BHARU – Seorang wanita berpakaian jubah dan mengenakan purdah membatalkan niatnya untuk cubaan membunuh diri susulan dipujuk dan diselamatkan pengguna jalan raya bagi menenangkannya di Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan semalam. 

Saksi kejadian Suhaila Zakaria berkata, “Wanita itu sudah hampir terjatuh dari jambatan tapi kakinya dan jubah yang dipakai tersekat sebelum segera dipegang orang ramai,” katanya. 

Suhaila, 28, antara saksi insiden seorang wanita berpurdah yang hampir terjatuh dari Jambatan Sultan Yahya Petra jam 1.40 tengah semalam, berkata ketika itu dia dalam perjalanan dari bandar Kota Bharu untuk pulang ke rumahnya di Kampung Dalam Rhu, Tumpat.

Katanya, dia yang menunggang motosikal ternampak kumpulan orang ramai di tepi jalan atas jambatan terbabit sebelum ditahan agar memberhentikan kenderaannya.

“Saya diminta untuk bersama memegang wanita itu kerana yang lainnya adalah lelaki dan mangsa ketika itu dalam keadaan menangis teresak-esak.

“Kami tak pasti wanita itu dari arah mana cuma dia memakai jubah dan berniqab malah dia juga sudah hampir terjatuh dari jambatan, nasib baik orang ramai sempat memegangnya.

“Dia (mangsa) kelihatan celaru dan asyik menyalahkan diri sendiri sambil berkata ‘saya jahat’ tanpa menerangkan perkara sebenar,” katanya dalam temu ramah bersama Berita Harian.

Suhaila berkata, sebaik ditenangkan, wanita dalam lingkungan 30-an itu dibawa ke balai polis berhampiran oleh sebuah kereta peronda yang kebetulan lalu di jalan berkenaan.

Memetik kenyataan pengguna Facebook Mikeyla Aqila berkata “Tengok dia peluk, auto nangis tengok, semoga dia selalu tabah, tak tahu apa beban yang ditanggung dalam hidup, semoga akak selalu dalam lindungan Allah,” katanya di ruangan komen Facebook Ezie Ghani. 

Sementara itu, pengguna Facebook Ezie Ghani yang berkongsi hantaran video berkenaan kejadian tersebut mengatakan bahawa dengan hanya satu pelukan erat dan jadi pendengar buat seketika pun mampu meringankan beban seorang wanita. 

Dalam pada itu, cubaan terjun untuk membunuh diri dikatakan memerlukan sokongan daripada komunikasi yang baik. 

Penggendali akaun Facebook Rozian Saini Gyan berkata “Biasanya orang yang nak terjun bunuh diri ni 50-50. Sebab itu dia tak terus terjun. So kena ada support komunikasi yang baik,” katanya menerusi ruangan komen Facebook. 

Sumber: Berita Harian 

Author