Antarabangsa
[VIDEO] Aktivis Orang Asli Australia bantah perkabungan Ratu Elizabeth II, tuntut monarki dimansuhkan
Beratus-ratus aktivis berhimpun di Australia semalam bagi membantah cuti umum perkabungan Ratu Elizabeth II dan mengecam kesan pemusnahan penjajahan British ke atas Orang Asli di negara itu.

Beratus-ratus aktivis berhimpun di Australia semalam bagi membantah cuti umum perkabungan Ratu Elizabeth II dan mengecam kesan pemusnahan penjajahan British ke atas Orang Asli di negara itu.
Penunjuk perasaan “Mansuhkan Monarki” berkumpul di bandar-bandar utama, termasuk Sydney, Melbourne dan Canberra semalam bagi membantah penganiayaan terhadap Orang Asli sejak British mendarat di Australia lebih dua abad lalu.
“Anda mahu meratapi penjajah yang membawa kesakitan pembunuhan beramai-ramai dan pembunuhan di sini kepada rakyat kita? Memalukan!” kata Senator Parti Greens, Lidia Thorpe yang turut menyertai bantahan itu dalam video di Instagram @aljazeeraenglish.
Video berdurasi satu minit 50 saat itu menunjukkan komuniti Orang Asli Australia menuntut untuk diadakan hari berkabung bagi komuniti mereka yang terkesan sejak beberapa dekad lalu.
Penunjuk perasaan Orang Asli, Sarabi berkata, “setiap hari dalam hidup kami adalah berkabung, bukan hanya satu hari.
“26 Jan (Hari Australia) itulah hari perkabungan utama kami. Setiap hari kita bergaduh, setiap hari kita ada kesedihan, setiap hari kita berkabung. Jadi berada di sini hari ini sangat bermakna,” katanya.
Penganjur perhimpunan mahu penganiayaan terhadap Orang Asli dihentikan segera dan sistem kerajaan beraja (monarki) dimansuhkan.
Sumber : Instagram @aljazeeraenglish
