Connect with us

Antarabangsa

R.I.P tak cerminkan penganut Protestan, kepercayaan karut ajaran Katolik

Orange Order menasihatkan ahlinya dan semua individu yang menganggap diri mereka Protestan berhenti menggunakan frasa Rest In Peace (R.I.P) bagi menzahirkan simpati terhadap seseorang yang meninggal dunia kerana tindakan itu tidak mencerminkan penganut Protestan, tidak mengikut kitab dan kepercayaan karut dalam ajaran Katolik. 

Wartawan TMT

Published

on

Orange Order seru penganut Protestan berhenti ucap R.I.P
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Orange Order menasihatkan ahlinya dan penganut Protestan berhenti menggunakan frasa Rest In Peace (R.I.P) kepada individu meninggal dunia. 
  • Ungkapan R.I.P tidak mencerminkan penganut Protestan, tidak mengikut kitab dan kepercayaan karut dalam ajaran Katolik. 
  • Ucapan R.I.P itu juga ‘menggambarkan kekeliruan rohani dalam kalangan pengikut Protestan’.
  • “Dari sudut pandangan Protestan, kami percaya bahawa apabila kematian datang seseorang itu, sama ada pergi bersama Kristus untuk selama-lamanya, atau ke dalam neraka, itulah yang kami percaya dalam kitab Injil,” kata Setiausaha Evangelical Protestants Ireland Utara, Wallace Thompson.

IRELAND – Orange Order menasihatkan ahlinya dan semua individu yang menganggap diri mereka Protestan berhenti menggunakan frasa Rest In Peace (R.I.P) bagi menzahirkan simpati terhadap seseorang yang meninggal dunia kerana tindakan itu tidak mencerminkan penganut Protestan, tidak mengikut kitab dan kepercayaan karut dalam ajaran Katolik. 

Orange Order adalah pertubuhan politik Protestan dari Ireland Utara.

Menurut artikel The Orange Standard, akhbar pertubuhan Protestan yang berpusat di Ireland Utara berkata, ungkapan R.I.P ‘menggambarkan kekeliruan rohani dalam kalangan pengikut Protestan’.

Menyedari peningkatan penggunaan RIP, singkatan daripada frasa Latin ‘requiescat in pace’, atau ‘rest in peace’ di media sosial, Setiausaha Evangelical Protestants Ireland Utara, Wallace Thompson berkata, “saya sedar ini adalah isu sensitif kerana kita menggunakan ungkapan itu ketika ada kematian,” katanya dalam laporan The Guardian pada 2017.

“Hanya dengan pemerhatian di media sosial, kami dapati RIP banyak digunakan penganut Protestan dan Protestan Evangelis,” katanya.

Thompson, yang juga menulis catatan Facebook mengenai isu itu berkata, dia menganggap RIP sebagai doa untuk si mati, dan tidak menggalakkan penggunaannya.

“Dari sudut pandangan Protestan, kami percaya bahawa, apabila kematian itu datang seseorang sama ada pergi bersama Kristus untuk selama-lamanya, atau ke dalam neraka, itulah yang kami percaya dalam kitab Injil,” kata Thompson.

Sumber: The Guardian 

 

 

Author

Antarabangsa

Kudis merebak dalam kalangan tahanan Palestin

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.
  • Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.
  • Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.
  • Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.

Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.

Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Terdahulu, CNN mendedahkan seksaan ngeri Israel dengan informasi penyaksian penderaan sistemik dilakukan rejim zionis terhadap tahanan warga Palestin di fasiliti tahanan mereka. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending