Connect with us

Komuniti

Isu R.I.P : bukan Islam jangan masuk campur urusan muslim – Apek Cina

Kata Apek Cina atau nama sebenarnya Tai Zee How ketika membidas kenyataan daripada beberapa individu bukan beragama Islam yang mempertikaikan larangan ke atas muslim untuk menggunakan ucapan Rest In Peace (R.I.P) bagi mereka yang sudah meninggal dunia.

Wartawan TMT

Published

on

Isu R.I.P : bukan Islam jangan masuk campur urusan muslim - Apek Cina
Foto: Apek Cina atau nama sebenarnya Tai Zee How.
  • Masyarakat bukan Islam sewajarnya membiarkan golongan muslim mengendalikan hal dalaman mereka sendiri tanpa campur tangan daripada pihak tidak terkait. 
  • Pihak tersebut tidak seharusnya membuat hantaran bersifat provokasi malah beliau melarang orang bukan Islam daripada mengkritik atau mengutuk agama lain kerana mereka sendiri tidak suka agama mereka diperlakukan sedemikian.
  • “Buddha pernah melarangkan minum arak dan bunuh haiwan dalam lima Pancasilla. Ada tengok pemimpin Islam kutuk ajaran Buddha ini?”
  • Anda sendiri yang lawan ajaran Buddha pergi mabuk dan bunuh haiwan, anda pun nak orang Islam ikut cara kamu? Habis Muslim tak nak cakap RIP apa kena mengena dengan anda?” – Apek Cina.

KUALA LUMPUR – “Just mind your own business.”

Kata Apek Cina atau nama sebenarnya Tai Zee How ketika membidas kenyataan daripada beberapa individu bukan beragama Islam yang mempertikaikan larangan ke atas muslim untuk menggunakan ucapan Rest In Peace (R.I.P) bagi mereka yang sudah meninggal dunia.

Peguam itu berkata, masyarakat bukan Islam sewajarnya membiarkan golongan muslim mengendalikan hal dalaman mereka sendiri tanpa campur tangan daripada pihak tidak terkait. 

Jelasnya, pihak tersebut tidak seharusnya membuat hantaran yang bersifat provokasi malah beliau melarang bukan muslim daripada mengkritik atau mengutuk agama lain kerana mereka sendiri tidak suka agama mereka diperlakukan sedemikian.

Menerusi hantaran di Facebook Ulasan Apek Cina, beliau menjelaskan Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan kenyataan melarang umat Islam mengucapkan Rest In Peace, namun beliau dapati terdapat segelintir masyarakat bukan Islam ‘bising’ berkenaan larangan tersebut sedangkan reaksi dari agama Islam sendiri tidak sekeras itu.

Tangkapan skrin FB Apek Cina

Justeru, beliau persoalkan kepada mereka bukan Islam, “Apa hal dengan korang ni?” 

“Buddha pernah melarangkan minum arak dan bunuh haiwan dalam lima Pancasilla. Ada tengok pemimpin Islam kutuk ajaran Buddha ini? 

Advertisement

Anda sendiri yang lawan ajaran Buddha pergi mabuk dan bunuh haiwan, anda pun nak orang Islam ikut cara kamu? Habis Muslim tak nak cakap RIP apa kena mengena dengan anda?”

Dalam pada itu, beliau juga berkata, Pope ( Paus ) Katolik telah mengeluarkan panduan pada 22 Jun 2022 agar tidak melakukan hubungan seks sebelum berkahwin, namun di situasi sebegitu menurutnya tiada pula penganut agama itu yang kononnya mempunyai minda terbuka mempertikaikan tindakan Pope.

“Paderi-Paderi, institut Katolik melarangkan hubungan LGBT, korang ada buat bising kata mereka kolot?” soalnya yang turut menegaskan agar pihak berkenaan menguruskan hal sendiri tanpa mencampur urusan agama lain. 

Sebelum ini, penggunaan ucapan Rest In Peace (R.I.P) menimbulkan pertikaian ramai susulan kematian Ratu Elizabeth II sehingga ada yang mempersoalkan penggunaannya oleh umat Islam.

Susulan itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata umat Islam perlu mengikut pandangan mufti dan ulama tempatan berhubung ucapan tersebut.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan kenyataan bahawa seorang muslim tidak boleh berdoa memohon keampunan bagi orang bukan Islam kerana itu termaktub di dalam nas yang jelas. Jelasnya, ucapan “R.I.P” atau “Rest in Peace” itu merupakan doa yang dibacakan orang bukan Islam.

Advertisement

Sumber : Facebook Ulasan Apek Cina

Author

Komuniti

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong

Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Hanani Zulkifli

Published

on

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong
Foto: Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung (kiri), & Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri (kanan hujung).
  • Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.
  • Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
  • Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     
  • “Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.
  • “Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

KUALA LUMPUR – Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     

“Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.

“Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

Firdaus Wong berkata sahabatnya itu berkelayakan jurusan pengajian Islam dari Universiti Maghribi dan sangat aktif dalam bidang dakwah, khususnya penulisan dalam bidang hadis, maqasid syariah dan sejarah Islam.

Malah, katanya, Mohd Fikri telah menghasilkan lebih 20 buku dan pernah menjadi kolumnis dalam beberapa majalah.

Advertisement

“Namun hasratnya untuk meneruskan usaha dakwah itu terhenti disebabkan penyakit yang dialaminya,” kata Firdaus Wong. 

Mana-mana pihak ingin membantu usaha dakwah dan kebajikan MRM, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun MAYBANK 5648 1052 0353 (Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor). — The Merdeka Times

Sumber:  Facebook

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending