Connect with us

Terkini

Persatuan Hindu mohon bina kuil di kawasan majoriti Muslim Damansara Damai

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menerima semula permohonan sebuah persatuan Hindu untuk membina kuil Hindu dua tingkat di Damansara Damai di mana majoriti penduduknya adalah Muslim.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Surat bantahan penduduk Damansara Damai terhadap pembinaan kuil.
  • Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menerima semula permohonan sebuah persatuan Hindu untuk membina kuil Hindu dua tingkat di Damansara Damai di mana majoriti penduduknya adalah Muslim.
  • Pembinaan kuil itu sebelum ini dibantah keras penduduk setempat ekoran faktor majoriti penduduk Melayu-Islam di kawasan itu dan keluasan tanah yang tidak mencukupi.
  • Difahamkan, pembinaan tanah rumah ibadat paling minima adalah 0.25 hektar sedangkan tapak kuil itu ketika ini hanya mempunyai keluasan 0.20 hektar dan tapak parkir kereta hanya mampu menampung 20 kereta.
  • Situasi itu akan menyaksikan kenderaan selebihnya berada di atas jalan yang menghalang laluan masuk dan keluar ketika keadaan lalu lintas sudah teruk sejak dibina jalan sehala.
  • Sumber memberitahu The Merdeka Times (TMT) MBPJ pada pagi semalam telah mengadakan satu majlis taklimat berhubung permohonan kebenaran merancang pembinaan kuil Hindu untuk Persatuan Penganut Dewi Sri Maha Mariamman.
  • Bantahan keras 5,000 penduduk Damansara Damai terhadap pembinaan kuil itu pernah dilaporkan TMT pada Ogos 2022 yang difahamkan pembinaannya diluluskan MBPJ walaupun majoriti penduduk kawasan terbabit adalah penganut agama Islam.
  • Setakat Ogos 2022, status pembinaan kuil itu dilaporkan terus menjadi tanda tanya apabila MBPJ bertindak ‘membisu’ dan enggan beri kerjasama.

KUALA LUMPUR — Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menerima semula permohonan sebuah persatuan Hindu untuk membina kuil Hindu dua tingkat di Damansara Damai di mana majoriti penduduknya adalah Muslim.

Pembinaan kuil itu sebelum ini dibantah keras penduduk setempat ekoran faktor majoriti penduduk Melayu-Islam di kawasan itu dan keluasan tanah yang tidak mencukupi.

Difahamkan, pembinaan tanah rumah ibadat paling minima adalah 0.25 hektar sedangkan tapak kuil itu ketika ini hanya mempunyai keluasan 0.20 hektar dan tapak parkir kereta hanya mampu menampung 20 kereta.

Situasi itu akan menyaksikan kenderaan selebihnya berada di atas jalan yang menghalang laluan masuk dan keluar ketika keadaan lalu lintas sudah teruk sejak dibina jalan sehala.

Bantahan juga dibuat kerana di kawasan itu sudah mempunyai Dewan Komuniti di depan tapak kuil ditambah lagi dengan 36 gerai (MBPJ) yang mengundang kekhuatiran kemungkinan jalan masuk ke perumahan tersebut akan tertutup secara total.

Sumber memberitahu The Merdeka Times (TMT) MBPJ  pada pagi semalam telah mengadakan satu majlis taklimat berhubung permohonan kebenaran merancang pembinaan kuil Hindu untuk Persatuan Penganut Dewi Sri Maha Mariamman.

Bantahan keras 5,000 penduduk Damansara Damai terhadap pembinaan kuil itu pernah dilaporkan TMT pada Ogos 2022 yang difahamkan pembinaannya diluluskan MBPJ walaupun majoriti penduduk kawasan terbabit adalah penganut agama Islam.

Bantahan penduduk itu disuarakan dalam memorandum bantahan badan bertindak penduduk setempat bertarikh 18 Januari 2022 yang dihantar kepada MBPJ yang merupakan kali ketiga bantahan dibuat penduduk sejak 2017 dan bantahan kedua pada 2019 menyebabkan pembinaan kuil itu ditangguhkan sementara.

Papan tanda notis pembinaan kuil di kawasan majoriti penganut Islam itu bagaimanapun dilaporkan “diturunkan” selepas berdepan tekanan daripada penduduk yang membantah.

Setakat Ogos 2022, status pembinaan kuil itu dilaporkan terus menjadi tanda tanya apabila MBPJ bertindak ‘membisu’ dan enggan beri kerjasama.

Selepas kegagalan menghantar wakilnya pada perjumpaan dengan penduduk pada 5 Ogos 2022, MBPJ juga kelihatan mengelak daripada memberi penjelasan kepada TMT yang menghubungi pihak berkuasa tempatan itu beberapa kali, termasuk menghantar emel pada 3 Ogos tahun sama. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *