Connect with us

Komuniti

Isu kuil Damansara Damai: MBPJ ‘membisu’, status pembinaan kuil masih jadi tanda tanya

Status pembinaan sebuah kuil di kawasan majoriti Islam di Damansara Damai yang menimbulkan kontroversi awal bulan ini terus menjadi tanda tanya apabila Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bertindak ‘membisu’ dan enggan beri kerjasama.

Wartawan TMT

Published

on

Isu kuil Damansara Damai: MBPJ ‘membisu’, status pembinaan kuil masih jadi tanda tanya
  • Status pembinaan kuil di Damansara Damai masih jadi persoalan ekoran sikap ‘membisu’ MBPJ.  
  • MBPJ tidak dapat dihubungi selepas gagal hantar wakil pada sesi penerangan khas dengan penduduk pada 5 ogos lalu.
  • MBPJ juga kelihatan mengelak daripada memberi penjelasan kepada The Merdeka Times (TMT) yang menghubungi pihak berkuasa tempatan itu beberapa kali, termasuk menghantar emel pada 3 Ogos lalu.
  • Penduduk Pangsapuri Impian juga cuba hubungi MBPJ, namun tiada maklum balas.
  • Ahli majlis zon yang dihubungi TMT pada 8 Ogos lalu menyatakan beliau tidak tahu menahu mengenai isu pembinaan kuil Damansara Damai dan enggan memberi komen lanjut.

KUALA LUMPUR – Status pembinaan sebuah kuil di kawasan majoriti Islam di Damansara Damai yang menimbulkan kontroversi awal bulan ini terus menjadi tanda tanya apabila Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bertindak ‘membisu’ dan enggan beri kerjasama.

Selepas kegagalan menghantar wakilnya pada perjumpaan dengan penduduk pada 5 Ogos lalu, MBPJ juga kelihatan mengelak daripada memberi penjelasan kepada The Merdeka Times (TMT) yang menghubungi pihak berkuasa tempatan itu beberapa kali, termasuk menghantar emel pada 3 Ogos lalu.

Pada tarikh berkenaan TMT diminta pegawai perhubungan awam MBPJ untuk menghantar emel dan sehingga hari ini masih belum menerima sebarang maklum balas berhubung status pembinaan kuil yang dibantah penduduk Damansara Damai.

Malah TMT diperlakukan seperti ‘bola yang ditendang ke sana ke mari’ apabila menghubungi MBPJ untuk mendapatkan penjelasan dan diberi pelbagai alasan, terkini dengan alasan pegawai zon terbabit sedang bercuti.

“Berkenaan isu itu, tak bawa masuk meeting lagi. Jadi, tak ada apa-apa tindakan lagi,” kata operator MBPJ yang dihubungi TMT pada 12 Ogos lalu.

Sebelum ini, TMT juga menghubungi ahli majlis zon pada 8 Ogos lalu yang menjelaskan beliau tidak tahu menahu mengenai isu pembinaan kuil itu dan enggan memberi komen lanjut.

Sumber dihubungi TMT memaklumkan tiada apa-apa tindakan dilakukan MBPJ selepas sesi perjumpaan dengan penduduk di Dewan Pangsapuri Impian pada 5 Ogos lalu, yang hanya dihadiri wakil Balai Polis Sri Damansara selaku penganjur perjumpaan. 

“Buat masa sekarang masih tiada apa-apa tindakan. Kami rujuk pejabat tanah (mengenai pembinaan kuil di Damansara Damai), dia kata permohonan masih belum dibuat oleh pihak projek kuil. 

“Jadi, pembinaan tidak boleh diteruskan selagi pemilikan tanah belum dibuat,” kata penduduk tempatan yang enggan dikenali atas faktor keselamatan ketika dihubungi TMT hari ini.

TMT pada 3 Ogos lalu mendedahkan mengenai bantahan 5,000 penduduk Damansara Damai terhadap pembinaan kuil di kawasan majoriti penduduk beragama Islam itu selepas menerima aduan penduduk mengenai pemasangan papan tanda notis pembinaan kuil yang turut memaparkan logo MBPJ.

Pemasangan papan tanda notis pembinaan kuil di Damansara Damai itu menyebabkan penduduk setempat menaikkan kain rentang bantahan hinggalah ia diturunkan penguatkuasa MBPJ dengan kehadiran anggota polis.

Bagaimanapun, siasatan TMT mendapati papan tanda itu juga dipacakkan secara haram (tanpa kelulusan MBPJ) hinggalah satu pertemuan dengan penduduk diatur Balai Polis Sri Damansara  pada 5 Ogos lalu.

MBPJ bagaimanapun gagal menghantar wakilnya pada sesi penerangan khas itu, sekaligus menimbulkan persoalan dalam kalangan penduduk khususnya mengenai status pembinaan kuil kontroversi itu.

“Kita nak buat masjid kena ada kelulusan. Jangan kata masjid, surau pun kena ada kelulusan. Begitu jugalah dengan kuil ini.

“Disebabkan status kebenaran pembinaan yang tidak jelas, situasi pun jadi begini, kita kenalah turun padang untuk sama-sama menyelesaikan masalah ini,” kata ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan kepada TMT merujuk kepada MBPJ selaku pihak berkuasa tempatan yang sepatutnya turun padang bagi menjelaskan keadaan.

Ini merupakan kali ketiga bantahan dibuat penduduk sejak 2017 dan bantahan kedua pada 2019 menyebabkan pembinaan kuil itu ditangguhkan sementara.

Pembinaan kuil itu dibantah penduduk setempat atas tiga alasan iaitu jalan keluar masuk sempit; majoriti penduduk Pangsapuri Impian adalah Melayu/Islam dan ketiga; kebimbangan pengunjung luar tidak sensitif bila mengunjungi kuil itu (jika dibina) sekaligus ancaman risiko ketenteraman penduduk setempat.

Difahamkan juga terdapat kebimbangan dalam kalangan penduduk tempatan mengenai kapasiti kuil dua tingkat itu yang dikatakan mampu menampung sehingga 2,000 orang iaitu melebihi populasi penganut Hindu di kawasan terbabit.

Isu pembinaan kuil di Damansara Damai ini masih belum selesai memandangkan status kuil terbabit masih belum jelas sama ada ia diteruskan, ditangguhkan atau tidak diluluskan, demi kepentingan terbaik penduduk Damansara Damai. – The Merdeka Times

Author

Komuniti

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong

Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Hanani Zulkifli

Published

on

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong
Foto: Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung (kiri), & Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri (kanan hujung).
  • Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.
  • Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
  • Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     
  • “Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.
  • “Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

KUALA LUMPUR – Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     

“Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.

“Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

Firdaus Wong berkata sahabatnya itu berkelayakan jurusan pengajian Islam dari Universiti Maghribi dan sangat aktif dalam bidang dakwah, khususnya penulisan dalam bidang hadis, maqasid syariah dan sejarah Islam.

Malah, katanya, Mohd Fikri telah menghasilkan lebih 20 buku dan pernah menjadi kolumnis dalam beberapa majalah.

“Namun hasratnya untuk meneruskan usaha dakwah itu terhenti disebabkan penyakit yang dialaminya,” kata Firdaus Wong. 

Mana-mana pihak ingin membantu usaha dakwah dan kebajikan MRM, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun MAYBANK 5648 1052 0353 (Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor). — The Merdeka Times

Sumber:  Facebook

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending