Connect with us

Terkini

Perak negeri pertama keluar pekeliling pastikan tiada kuil dibina tanpa kebenaran PBT

Published

on

Foto: Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak, A. Sivanesan
  • Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak, A. Sivanesan berkata perkara itu diputuskan menerusi Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak Bil 3/2025.
  • Pihak kuil perlu beli tanah sendiri dan dapatkan kelulusan kuil jika nak juga bina kuil baharu.
  • “Tetapi atas tanah kerajaan jika sesiapa membina (kuil), tindakan dengan serta-merta akan diambil… Untuk PBT-PBT, jangan menunggu sehingga dia (pembinaan kuil) habis siap (baru nak ambil tindakan),” katanya.

 

KUALA LUMPUR — Kerajaan Negeri Perak tidak akan meluluskan sebarang permohonan pembinaan kuil baharu di atas tanah milik kerajaan sekurang-kurangnya bagi tempoh lima tahun akan datang.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak, A. Sivanesan berkata perkara itu diputuskan menerusi Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak Bil 3/2025.

Menurut beliau, pekeliling itu bakal menjadikan Perak negeri pertama dalam memastikan tiada lagi kuil dibina tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan atas tanah bukan milik pengurusan kuil.

Kalau mereka nak bina juga (kuil), mereka (pihak kuil) perlu membeli tanah sendiri dan mendapatkan kelulusan daripada PBT untuk membina kuil. Itu kerajaan negeri tidak akan campur.

“Tetapi atas tanah kerajaan jika sesiapa membina (kuil), tindakan dengan serta-merta akan diambil… Untuk PBT-PBT, jangan menunggu sehingga dia (pembinaan kuil) habis siap (baru nak ambil tindakan),” katanya dalam satu klip video sidang akhbar yang disiar TikTok MG Perak pada Khamis. — The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author