Connect with us

Agama

(VIDEO) Firdaus Wong diugut bunuh selepas bangkitkan isu pembinaan kuil haram

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pendakwah Bebas, Firdaus Wong
  • Firdaus Wong berkata susulan dari ugutan diterima, beliau akan membuat laporan polis hari ini.
  • Menurut beliau, apa dibangkitkan sebelum ini adalah berkenaan undang-undang tentang pembinaan kuil haram sebagaimana ia dilaporkan media dan kajian, namun terdapat pihak tertentu yang beremosi tanpa fakta berhubung perkara itu sehingga membuat ugutan bunuh terhadapnya.

KUALA LUMPUR — Pendakwah dan pempengaruh, Firdaus Wong Wai Hung mendakwa menerima ugutan bunuh dari seorang individu bernama Mohan Raj Thangaraju selepas beliau membangkitkan isu pembinaan kuil haram di negara ini.

Firdaus Wong berkata susulan dari ugutan diterima, beliau akan membuat laporan polis hari ini.

Menurut beliau, apa dibangkitkan sebelum ini adalah berkenaan undang-undang tentang pembinaan kuil haram sebagaimana ia dilaporkan media dan kajian, namun terdapat pihak tertentu yang beremosi tanpa fakta berhubung perkara itu sehingga membuat ugutan bunuh terhadapnya.

“Saya tidak gentar dengan ugutan anda. Saya beriman dengan hadis Nabi Muhammad SAW; “Ketahuilah, seandainya seluruh umat bersatu untuk memberimu suatu manfaat, maka hal itu tidak akan kamu peroleh selain dari apa yang telah Allah tetapkan untukmu. Dan andaipun mereka bersatu untuk melakukan sesuatu yang membahayakanmu, maka hal itu tidak akan membahayakanmu kecuali apa yang telah Allah tetapkan untuk dirimu.” (Sunan At Trmidzi no. 2516)

“Hasbunallah wa ni’mal wakiil” (cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

“Saya ingin nasihatkan sahabat semua, jangan ambil tindakan sendiri membelakangkan undang-undang. Kita sebagai Muslim lebih baik dari itu. Serahkan pada pihak berkuasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Turut disertakan dalam hantaran itu adalah klip video berdurasi 41 saat yang antaranya memaparkan rakaman perbualan di antara Firdaus Wong dan Mohan Raj Thangaraju di media sosial.

Foto: Tangkap layar klip video yang dimuat naik Firdaus Wong di Facebook-nya.

Dalam video itu terdapat juga audio ugutan individu terbabit ke atas Firdaus Wong yang turut kedengaran beberapa makian dilemparkan ke atas beliau.

“Hei pun***, jangan muncul depan mata saya. Itu yang hari last you punya hidup tu. Faham?

“Puk**** lu panggilan dajjal kaki. Mau hidup kan you punya hidup… lan*** Puk****. Saya betul-betul cakap, you jangan muncul depan mata saya. Kalau you muncul ah, itu hari you last lah. Puk****. Duduk sini, buat hal agama sahaja,” kata Mohan Raj Thangaraju menerusi audio berdurasi 28 saat.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Firdaus Wong.

Sementara itu, Firdaus Wong dalam hantaran berbeza hari ini dilihat telah menulis satu hantaran bertajuk, “95% Kuil Dibina Atas Tanah Bukan Milik Mereka!”.

Beliau berkata kajian mendapati 3,200 kuil Hindu di Malaysia dan majoritinya adalah tidak berdaftar, manakala di Kedah, terdapat 523 kuil Hindu dibina namun hanya 25 dibina di atas tanah milik sendiri. 

“Kurang dari 5 peratus kuil di Kedah dibina di atas tanah mereka sendiri!

“Pada 2021, Timb Menteri WP menyatakan 115 kuil haram dibina di atas tanah kerajaan di KL sahaja! Itu baru di KL belum di negeri-negeri lain!

“Bilakah semua ini akan berakhir? Kerajaan & penguatkuasaan perlu bertindak tegas tanpa kompromi mereka yang membina rumah ibadat sesuka hati mereka tanpa ikut undang-undang!,” kata Firdaus Wong.

Ini bukan kali pertama pendakwah bebas itu dilaporkan berdepan ugutan bunuh kerana tahun lalu beliau juga telah membuat enam laporan polis selepas menerima ugutan bunuh, pukul dan fitnah melibatkan dirinya serta keluarga di Balai Polis Wangsa Maju.

Ketika itu, beliau mengakui ugutan tersebut banyak diterima selepas pembongkaran isu stoking kalimah ALLAH dan percaya, ada yang tidak berpuas hati dengan kerja-kerja dakwah dilakukannya.— The Merdeka Times

Author