Connect with us

Komuniti

EKSKLUSIF: 5,000 penduduk Damansara Damai bantah kuil dibina di kawasan majoriti Islam

Seramai 5,000 penduduk Damansara Damai membantah pembinaan sebuah kuil yang difahamkan diluluskan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) walaupun majoriti penduduk kawasan terbabit adalah penganut agama Islam.

Wartawan TMT

Published

on

pembantahan pembinaan kuil di damansara damai
  • 5,000 penduduk Damansara Damai membantah pembinaan sebuah kuil yang difahamkan diluluskan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) walaupun majoriti penduduk kawasan terbabit adalah penganut agama Islam.
  • Bantahan disuarakan dalam memorandum bantahan bertarikh 18 Januari 2022 yang dihantar dan belum menerima sebarang maklumbalas daripada pihak berkuasa tempatan terbabit.
  • Ini merupakan bantahan ketiga yang dihantar kepada MBPJ selepas memorandum bantahan pertama pada 2017 dan bantahan kedua yang disokong 300 penduduk dihantar kepada pihak berkuasa tempatan itu pada 2019 dan pembinaan kuil itu ditangguhkan sementara.
  • Penduduk membantah atas tiga alasan iaitu jalan keluar masuk sempit; majoriti penduduk Apartmen Impian adalah Melayu/Islam dan ketiga; kebimbangan pengunjung luar tidak sensitif bila mengunjungi kuil itu (jika dibina) sekaligus ancaman risiko ketenteraman penduduk setempat.
  • Kain rentang bantahan dinaikkan penduduk sebelum ini diturunkan pihak MBPJ dengan kehadiran polis, tapi persoalan timbul kenapa ada kelibat 10 individu berbangsa India berada di kawasan itu ketika kejadian.

KUALA LUMPUR – Seramai 5,000 penduduk Damansara Damai membantah pembinaan sebuah kuil yang difahamkan diluluskan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) walaupun majoriti penduduk kawasan terbabit adalah penganut agama Islam.

notis pembinaan kuil di damansara damai

Bantahan itu disuarakan dalam memorandum bantahan badan bertindak penduduk setempat bertarikh 18 Januari 2022 yang dihantar kepada MBPJ dan belum menerima sebarang maklumbalas daripada pihak berkuasa tempatan itu.

Ini merupakan bantahan ketiga yang dihantar kepada MBPJ selepas memorandum bantahan pertama pada 2017 dan bantahan kedua yang disokong 300 penduduk dihantar kepada pihak berkuasa tempatan itu pada 2019 dan pembinaan kuil itu ditangguhkan sementara.

Sebelum ini, isu bantahan penduduk Damansara Damai terhadap pembinaan kuil ini dibangkitkan dalam posting Facebook Surau Al-Huda Apt Impian memaparkan penduduk tempatan menaikkan kain rentang bantahan pembinaan kuil di kawasan majoriti penganut Islam itu.

“Bantahan sudah dibuat awal (selepas penduduk) dimaklumkan mengenai perancangan pembinaan kuil ini pada 2017,” kata wakil penduduk yang dihubungi The Merdeka Times (TMT) tetapi enggan didedahkan identitinya atas faktor keselamatan.

TMT difahamkan kain rentang terbabit telah diturunkan pihak berkuasa tempatan dengan kehadiran pihak polis semalam.

Namun apa yang menimbulkan persoalan adalah penduduk tempatan mendakwa terdapat kehadiran sekurang-kurangnya 10 individu berbangsa India ketika kain rentang bantahan itu diturunkan pihak berwajib.

Menurut memorandum bantahan yang mendapat sokongan 5,000 penduduk Damansara Damai itu, penduduk setempat membantah sekeras-kerasnya pembinaan kuil itu berdasarkan beberapa sebab utama yang membabitkan keharmonian dan kemakmuran antara agama dan kaum.

Pertama; kerana faktor Jalan PJU 10/1F adalah satu-satunya jalan keluar masuk ke kediaman penduduk tempatan (Apartmen Impian) yang sememangnya sempit.

Kedua; majoriti penduduk di Apartmen Impian dan seluruh penduduk Damansara Damai adalah Melayu/Islam.

Atas alasan ini, penduduk di Apartmen Impian berpendapat adalah menjadi kelaziman kelulusan rumah ibadat mestilah mengambilkira dan mengikut majoriti agama penduduk tempatan di situ sepertimana masjid tidak akan dibina di kawasan majoriti orang bukan Islam. 

Ketiga; faktor kebimbangan penduduk setempat jika kuil itu dibina maka ia akan dikunjungi pengunjung luar dari Damansara Damai yang berkemungkinan tidak peka dengan sensitiviti penduduk tempatan dan dikhuatiri menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam.

Wakil penduduk tempatan memberitahu TMT bahawa memorandum bantahan pada 2019 yang ditandatangani 300 penduduk Damansara Damai ketika itu menyebabkan projek pembinaan kuil itu dihentikan sementara.

Pembinaan kuil itu dikatakan diteruskan pada tahun ini menyebabkan penduduk menaikkan kain rentang bantahan dan menghantar memorandum bantahan disokong 5,000 penduduk Damansara Damai kepada MBPJ yang belum menerima sebarang maklumbalas.

“Kami tidak pasti surat (memorandum bantahan itu sudah diterima pihak terbabit atau tidak,” kata wakil penduduk itu.

Difahamkan, penduduk di kawasan terbabit juga turut mempersoalkan tentang cara papan tanda pembinaan itu dinaikkan dan juga cara pemilikan tanah bagi tapak kuil kontroversi itu diperolehi.

TMT difahamkan satu sesi penerangan khas di antara MBPJ dan polis dengan penduduk Damansara Damai akan diadakan di Dewan Apartmen Impian pada Jumaat ini (5 Ogos 2022) jam 9.30 malam. – The Merdeka Times

Sumber: FB Surau Al-Huda

 

Author

Komuniti

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong

Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Hanani Zulkifli

Published

on

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong
Foto: Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung (kiri), & Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri (kanan hujung).
  • Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.
  • Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
  • Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     
  • “Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.
  • “Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

KUALA LUMPUR – Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     

“Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.

“Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

Firdaus Wong berkata sahabatnya itu berkelayakan jurusan pengajian Islam dari Universiti Maghribi dan sangat aktif dalam bidang dakwah, khususnya penulisan dalam bidang hadis, maqasid syariah dan sejarah Islam.

Malah, katanya, Mohd Fikri telah menghasilkan lebih 20 buku dan pernah menjadi kolumnis dalam beberapa majalah.

“Namun hasratnya untuk meneruskan usaha dakwah itu terhenti disebabkan penyakit yang dialaminya,” kata Firdaus Wong. 

Mana-mana pihak ingin membantu usaha dakwah dan kebajikan MRM, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun MAYBANK 5648 1052 0353 (Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor). — The Merdeka Times

Sumber:  Facebook

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending