Connect with us

Terkini

Tun Mahathir persoal penuntut di Malaysia tidak protes isu Palestin

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan penuntut universiti di Malaysia yang dilihat tidak menyuarakan bantahan besar-besaran terhadap pembunuhan beramai-ramai atau genosid dilakukan rejim Israel ke atas rakyat Palestin sebagaimana bantahan keras dilakukan pelajar di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan).
  • Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan penuntut universiti di Malaysia yang dilihat tidak menyuarakan bantahan besar-besaran terhadap pembunuhan beramai-ramai atau genosid dilakukan rejim Israel ke atas rakyat Palestin sebagaimana bantahan keras dilakukan pelajar di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.
  • Dr Mahathir berkata beliau kagum melihat kelompok pelajar di negara Barat itu berdemonstrasi menyokong Palestin dan mengutuk rejim Israel, malah ada di antara mereka tidak menghadiri kuliah diadakan profesor mereka dan menolak sijil semasa majlis konvo serta keluar dari acara tersebut.
  • “Tetapi di negara-negara Islam tidak ada banyak reaksi. Tidak ada penuntut universiti yang mengecam Israel dengan sifat kebinatangan mereka.
  • “Dan di Malaysia penuntut universiti tidak pun menyuara bantahan terhadap Israel. Kenapa?
  • “Apakah Malaysia tidak berperasaan apa-apa apabila 40,000 orang Gaza, perempuan, kanak-kanak dan bayi dibunuh oleh Israel,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.
  • Pada April lalu,  dilaporkan semakin ramai pelajar kolej di seluruh AS berkumpul memprotes sambil berkhemah dengan tuntutan seragam supaya institusi pendidikan mereka melupuskan hubungan urusniaga bersama Israel, termasuk hubungan dengan mana-mana syarikat yang menyokong berterusannya peperangan di Gaza.
  • Terbaharu,  ratusan pelajar berjubah graduasi yang menamatkan pengajian di Universiti Harvard keluar dari majlis graduasi mereka dengan laungan “Free, Free, Palestine”.

KUALA LUMPUR — Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan penuntut universiti di Malaysia yang dilihat tidak menyuarakan bantahan besar-besaran terhadap pembunuhan beramai-ramai atau genosid dilakukan rejim Israel ke atas rakyat Palestin sebagaimana bantahan keras dilakukan pelajar di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Dr Mahathir berkata beliau kagum melihat kelompok pelajar di negara Barat itu berdemonstrasi menyokong Palestin dan mengutuk rejim Israel, malah ada di antara mereka tidak menghadiri kuliah diadakan profesor mereka dan menolak sijil semasa majlis konvo serta keluar dari acara tersebut.

Katanya, Afrika Selatan juga membawa kes genosid rejim Israel ke Mahkamah Antarabangsa.

“Tetapi di negara-negara Islam tidak ada banyak reaksi. Tidak ada penuntut universiti yang mengecam Israel dengan sifat kebinatangan mereka.

“Dan di Malaysia penuntut universiti tidak pun menyuara bantahan terhadap Israel. Kenapa?

“Apakah Malaysia tidak berperasaan apa-apa apabila 40,000 orang Gaza, perempuan, kanak-kanak dan bayi dibunuh oleh Israel,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Pada April lalu,  dilaporkan semakin ramai pelajar kolej di seluruh AS berkumpul memprotes sambil berkhemah dengan tuntutan seragam supaya institusi pendidikan mereka melupuskan hubungan urusniaga bersama Israel, termasuk hubungan dengan mana-mana syarikat yang menyokong berterusannya peperangan di Gaza.

Tuntutan itu berakar umbi dalam gerakan kempen Boikot, Lupus dan Sekat (BDS) yang berpuluh tahun menentang dasar Israel terhadap Palestin.

Bahkan, bantahan terhadap perang Israel-Hamas itu mencapai titik didih di beberapa universiti AS menjurus kepada penahanan ratusan penunjuk perasaan di kampus di seluruh negara.

Terbaharu,  ratusan pelajar berjubah graduasi yang menamatkan pengajian di Universiti Harvard keluar dari majlis graduasi mereka dengan laungan “Free, Free, Palestine”.

Insiden itu berlaku sehari selepas institusi tersebut mengumumkan 13 pelajarnya yang menyertai perkhemahan solidariti Gaza tidak akan menamatkan pengajian bersama rakan sekelas mereka. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *