Connect with us

Antarabangsa

Gelombang protes pro-Palestin di universiti AS, ratusan ditahan pihak berkuasa

Bantahan terhadap perang Israel-Hamas mencapai titik didih di beberapa universiti Amerika Syarikat (AS) menjurus kepada penahanan ratusan penunjuk perasaan di kampus di seluruh negara.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penunjuk perasaan pro-Palestin di universiti Amerika Syarikat.
  • Bantahan terhadap perang Israel-Hamas mencapai titik didih di beberapa universiti Amerika Syarikat (AS) menjurus kepada penahanan ratusan penunjuk perasaan di kampus di seluruh negara.
  • Polis dilaporkan terlibat dalam pertempuran dengan penunjuk perasaan pro-Palestin yang mendirikan khemah di puluhan kampus.
  • Mesej daripada pelajar di perkhemahan adalah mudah dan mereka mahu universiti berhenti menjalankan perniagaan dengan Israel atau mana-mana syarikat yang menyokong perang berterusannya di Gaza.
  • Tuntutan itu berakar umbi dalam gerakan Boycott Divestment Sanctions (BDS) iaitu kempen yang sudah berpuluh tahun menentang dasar Israel terhadap Palestin.

Bantahan terhadap perang Israel-Hamas mencapai titik didih di beberapa universiti Amerika Syarikat (AS) menjurus kepada penahanan ratusan penunjuk perasaan di kampus di seluruh negara.

Polis dilaporkan terlibat dalam pertempuran dengan penunjuk perasaan pro-Palestin yang mendirikan khemah di puluhan kampus.

Mesej daripada pelajar di perkhemahan adalah mudah dan mereka mahu universiti berhenti menjalankan perniagaan dengan Israel atau mana-mana syarikat yang menyokong perang berterusannya di Gaza.

Tuntutan itu berakar umbi dalam gerakan Boycott Divestment Sanctions (BDS) iaitu kempen yang sudah berpuluh tahun menentang dasar Israel terhadap Palestin.

Meskipun begitu, spesifikasi berbeza daripada setiap kumpulan penunjuk perasaan di universiti berlainan, lapor Sky News.

Antara tuntutan utama adalah berhenti menjalankan perniagaan dengan pengeluar senjata tentera yang membekalkan senjata kepada Israel dan berhenti menerima wang penyelidikan daripada Israel untuk projek yang membantu usaha ketenteraan negara itu.

Selain itu, universiti perlu menjadi lebih telus mengenai wang diterima daripada Israel dan untuk apa ia digunakan selain berhenti melabur endowmen kolej dengan pengurus wang yang mendapat keuntungan daripada syarikat atau kontraktor Israel.

Endowmen adalah pegangan dan pelaburan diuruskan institusi pengajian tinggi, yayasan dan beberapa organisasi bukan untung sebagai sejenis akaun simpanan kekal.

Di banyak kampus, pelajar yang mendesak perubahan itu mengatakan mereka tidak tahu sejauh mana hubungan universiti mereka dengan Israel. 

Universiti dengan endowmen besar menyebarkan wang mereka merentasi pelbagai pelaburan, menjadikannya mencabar untuk mengenal pasti keberadaannya. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending