Connect with us

Terkini

Kedutaan AS ‘dikepung’ lebih 100 peserta piket solidariti Palestin

Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik berhimpun di sini bagi menyertai piket enam hari ‘mengepung’ Kedutaan Amerika Syarikat (AS) susulan tindakan negara itu memveto usaha Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendesak gencatan senjata di Gaza.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kedutaan AS ‘dikepung’ lebih 100 peserta piket solidariti Palestin
Foto: Individu yang berarak dari Menara Tabung Haji di Jalan Tun Razak ke Kedutaan AS dalam perhimpunan anjuran Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) yang bermula malam tadi.
  • Pelbagai NGO dan parti politik berhimpun di sini bagi menyertai piket enam hari ‘mengepung’ Kedutaan AS susulan tindakan negara itu memveto usaha Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendesak gencatan senjata di Gaza.
  • Lebih 100 individu berarak dari Menara Tabung Haji di Jalan Tun Razak ke Kedutaan AS dalam perhimpunan anjuran Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) yang bermula malam tadi.
  • Acara itu disokong 35 NGO, 15 pergerakan pelajar dan sayap pemuda parti politik seperti PKR, Amanah dan PAS serta pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan MUDA turut serta.
  • “Kenapa Kedutaan AS? Kerana AS menyediakan wang yang membolehkan pembunuhan besar-besaran diteruskan, dan mereka menyekat sebarang usaha oleh PBB untuk keamanan,” kata ahli kanan sekretariat SSP, Tian Chua dipetik Free Malaysia Today pada Selasa.

KUALA LUMPUR — Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik berhimpun di sini bagi menyertai piket enam hari ‘mengepung’ Kedutaan Amerika Syarikat (AS) susulan tindakan negara itu memveto usaha Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendesak gencatan senjata di Gaza.

Lebih 100 individu berarak dari Menara Tabung Haji di Jalan Tun Razak ke Kedutaan AS dalam perhimpunan anjuran Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) yang bermula malam tadi.

Acara itu disokong 35 NGO, 15 pergerakan pelajar dan sayap pemuda parti politik seperti PKR, Amanah dan PAS serta pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan MUDA turut serta.

Antara pemimpin parti yang hadir ialah Timbalan Ketua Pemuda MCA, Mike Chong Yew Chuan; Setiausaha Agung Muda, Amir Hariri Abd Hadi; bekas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua – yang juga sebahagian Sekretariat Solidariti Palestin, Bendahari Pemuda Amanah, Sheikh Khuzaifah Sheikh Abu Bakar dan Ketua Penerangan Pemuda PAS, Khairul Nadzir Helmi Azhar.

Bagaimanapun, peserta piket dihalang polis kira-kira 200 meter dari Kedutaan AS.

“Desakan kami sangat mudah, (kami) mahukan gencatan senjata sekarang.

“Kenapa Kedutaan AS? Kerana AS menyediakan wang yang membolehkan pembunuhan besar-besaran diteruskan, dan mereka menyekat sebarang usaha oleh PBB untuk keamanan,” kata ahli kanan sekretariat SSP, Tian Chua dipetik Free Malaysia Today pada Selasa.

Ketua Pemuda Amanah, Hasbie Muda berkata perhimpunan itu bertujuan menghantar mesej solidariti rakyat Malaysia dengan perjuangan Palestin.

“Kita mahu menyampaikan mesej bahawa tiada seorang pun di negara kita menyokong atau bersimpati dengan AS dan Zionisme,” katanya.

Perhimpunan itu mendesak pembunuhan rakyat Palestin dihentikan; gencatan senjata segera, tetap dan tidak bersyarat; penamatan pertelingkahan bagi menangani keperluan mendesak orang awam di Gaza; dan pengiktirafan hak rakyat Palestin untuk negara berdaulat. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *