Terkini
Berkasih dengan isteri orang, lelaki bukan Islam diperintah ganti rugi RM30,000
Seorang lelaki bukan Islam diperintah oleh mahkamah membayar ganti rugi kepada suami kekasihnya kerana memecah belahkan rumah tangga pasangan itu.
- Seorang lelaki bukan Islam diperintah oleh mahkamah membayar ganti rugi kepada suami kekasihnya kerana memecah belahkan rumah tangga pasangan itu.
- Lelaki berusia 26 tahun dari Baling, Kedah didapati berzina dengan isteri orang berusia 32 tahun sehingga melahirkan anak.
- Perintah itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar, Mahazan Mat Taib selepas membenarkan petisyen balas difailkan suami wanita tersebut.
- Katanya, jumlah ganti rugi tersebut munasabah dengan mengambil kira perlakuan negatif wanita dan lelaki berkenaan.
- “Mahkamah memandang serius perlakuan curang yang dilakukan tersebut kerana ia telah menjejaskan kehidupan rumah tangga. Ganti rugi sebanyak RM30,000 perlu dibayar kepada responden iaitu suami sebagai satu pengajaran kepada masyarakat umum,” katanya.
ALOR SETAR: Seorang lelaki bukan Islam diperintah oleh mahkamah membayar ganti rugi kepada suami kekasihnya kerana memecah belahkan rumah tangga pasangan itu.
Lelaki berusia 26 tahun dari Baling, Kedah didapati berzina dengan isteri orang berusia 32 tahun sehingga melahirkan anak.
Perintah itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar, Mahazan Mat Taib selepas membenarkan petisyen balas difailkan suami wanita tersebut.
Terdahulu Hakim Mahazan dalam penghakimannya berkata, mahkamah memandang serius perbuatan curang dan penzinaan sehingga menjadi punca keretakan rumah tangga.
Katanya, jumlah ganti rugi tersebut munasabah dengan mengambil kira perlakuan negatif wanita dan lelaki berkenaan.
“Mahkamah memandang serius perlakuan curang yang dilakukan tersebut kerana ia telah menjejaskan kehidupan rumah tangga. Ganti rugi sebanyak RM30,000 perlu dibayar kepada responden iaitu suami sebagai satu pengajaran kepada masyarakat umum,” katanya.
Dalam prosiding itu, peguam Nurin Nasuha Ahmad Sobri dari Amnach & Co. bertindak bagi pihak wanita tersebut manakala peguam Opat Aisin dari Opat & Co. mewakili pemandu treler terbabit selaku responden.
Sementara itu, Opat ketika dihubungi memberitahu, wanita tersebut sebelum ini memfailkan petisyen perceraian tunggal ke atas anak guamnya di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.
Katanya, selepas itu, pemandu treler berusia 38 tahun dan berasal dari Sik memfailkan petisyen balas dengan menamakan lelaki yang berasal dari Baling sebagai pihak dalam prosiding kerana mendakwa berlaku curang dengan isterinya.
“Selepas petisyen balas diserahkan, lelaki berkenaan dan isteri kepada anak guam saya telah keluar dari negara ini dan tidak hadir pada prosiding hari ini. Mereka juga tidak menjawab petisyen balas,” katanya.
Katanya, pihaknya telah menyerahkan beberapa bukti kepada mahkamah termasuk gambar daripada laman sosial Facebook milik ahli keluarga lelaki yang berlaku curang tersebut.
Opat berkata, di bawah perkahwinan sivil, mahkamah mempunyai budi bicara untuk memerintahkan pihak yang didapati berzina dengan pasangan suami isteri agar membayar ganti rugi sebagai teladan kepada masyarakat.
Sumber: Utusan Malaysia