Connect with us

Terkini

Cadangan pecah monopoli beras perlu perbincangan bersama

Sebarang cadangan untuk memecahkan monopoli beras negara perlu dibincang bersama kementerian dan agensi berkaitan sebelum keputusan dibuat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Cadangan pecah monopoli beras perlu perbincangan bersama
Foto: Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu (kanan).
  • Sebarang cadangan untuk memecahkan monopoli beras negara perlu dibincang bersama kementerian dan agensi berkaitan sebelum keputusan dibuat.
  • Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu ini kerana kerajaan masih terikat dengan konsesi Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) bagi pengedaran beras dalam negara untuk tempoh 10 tahun bermula 11 Januari 2021 hingga 10 Januari 2031.
  • “Beras sekarang ini memang yang kebenaran mengimport dan sebagainya adalah melalui BERNAS. Kita ada perjanjian BERNAS selama 10 tahun di atas 10 perkara yang ‘obligation’ yang perlu dibuat oleh BERNAS… Kalau nak buat rombakan itu mestilah melalui perbincangan yang perlu melibatkan Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan dan juga Jabatan Perdana Menteri, sebab soal beras ini soal keselamatan makanan, ia perlu ditangani bersama,” katanya.
  • Mohamad bercakap kepada media selepas merasmikan Persidangan Persatuan Kebangsaan bagi Pengairan dan Saliran Malaysia (MANCID) ke-25 di Putrajaya, hari ini.

PUTRAJAYA – Sebarang cadangan untuk memecahkan monopoli beras negara perlu dibincang bersama kementerian dan agensi berkaitan sebelum keputusan dibuat.

Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu ini kerana kerajaan masih terikat dengan konsesi Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) bagi pengedaran beras dalam negara untuk tempoh 10 tahun bermula 11 Januari 2021 hingga 10 Januari 2031.

“Beras sekarang ini memang yang kebenaran mengimport dan sebagainya adalah melalui BERNAS. Kita ada perjanjian BERNAS selama 10 tahun di atas 10 perkara yang ‘obligation’ yang perlu dibuat oleh BERNAS… Kalau nak buat rombakan itu mestilah melalui perbincangan yang perlu melibatkan Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan dan juga Jabatan Perdana Menteri, sebab soal beras ini soal keselamatan makanan, ia perlu ditangani bersama,” katanya.

Mohamad bercakap kepada media selepas merasmikan Persidangan Persatuan Kebangsaan bagi Pengairan dan Saliran Malaysia (MANCID) ke-25 di Putrajaya, hari ini.

Beliau yakin kabinet boleh membuat cadangan atau perubahan dari semasa ke semasa.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) memang memikirkan hal ini secara serius. Kalau dulunya ayam dan telur dan sekarang kita hadapi beras kerana berlaku kenaikan harga beras import yang begitu mendadak dan tinggi. Ia berlaku di seluruh dunia ya. Bukan di Malaysia sahaja,” katanya.

Pada Isnin, Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad berkata, kerajaan mempunyai dua pilihan sama ada melaksanakan monopoli sepenuhnya atau pun mewujudkan pasaran terbuka bagi menambah bekalan beras tempatan di pasaran.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, isu dan bekalan beras tempatan akan dibawa ke mesyuarat Kabinet pada Rabu.

Ia bagi membincangkan dan melihat secara keseluruhan langkah serta usaha menangani isu terbabit.

“Saya nak lihat agenda tapi saya akan kemukakan perkara-perkara baharu yang berlaku yang akan saya sampaikan dalam kabinet,” ujarnya,

Mengulas mengenai larangan penjualan beras putih tempatan (BPT) kepada warga asing, beliau meminta semua pihak agar tidak gopoh mengeluarkan kenyataan dan cadangan berhubung isu berkenaan.

Jelasnya ia melibatkan soal kemanusiaan dan pertimbangan perlu diberikan kepada warga asing yang tinggal di negara ini.

Sumber: Berita RTM

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *