Connect with us

Terkini

Kenaikan harga siling BPT galak pesawah tingkat pengeluaran dan kualiti

Kajian semula harga siling beras putih tempatan (BPT) berupaya menggalakkan para pesawah untuk menggandakan usaha mereka bagi meningkatkan pengeluaran dan kualiti.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kajian semula harga siling beras putih tempatan (BPT) berupaya galakkan para pesawah gandakan usaha mereka tingkatkan pengeluaran dan kualiti.
  • Pengerusi Pertubuhan Peniaga-Peniaga Beras Kedah, Tan Swee Huat berkata, langkah tersebut diyakini dapat tingkatkan pendapatan mereka selaras kenaikan kos sara hidup ketika ini.
  • Menurutnya, ia tidak akan perah margin keuntungan industri beras putih yang mengakibatkan pengusaha tidak mampu tanggung beban kos pengeluaran dan pembungkusan.
  • “Maka kami menyokong penuh pandangan Ketua Pengarah Kawalselia Padi Dan Beras (KPB), Datuk Azman Mahmood, bahawa harga siling BPT wajar dinaikkan kepada RM3.20 sekilogram bagi menjaga masa depan semua pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

ALOR SETAR: Kajian semula harga siling beras putih tempatan (BPT) berupaya menggalakkan para pesawah untuk menggandakan usaha mereka bagi meningkatkan pengeluaran dan kualiti.

Pengerusi Pertubuhan Peniaga-Peniaga Beras Kedah, Tan Swee Huat berkata, langkah tersebut juga diyakini dapat meningkatkan pendapatan mereka selaras kenaikan kos sara hidup ketika ini.

Menurutnya, ia juga tidak akan memerah margin keuntungan industri beras putih yang mengakibatkan pengusaha tidak mampu untuk menanggung beban kos pengeluaran dan pembungkusan.

“Mereka juga tidak berupaya untuk mengembangkan kapasiti pengeluaran yang telah menyebabkan masalah kekurangan BPT seperti terjadi pada September lalu.

“Maka kami menyokong penuh pandangan Ketua Pengarah Kawalselia Padi Dan Beras (KPB), Datuk Azman Mahmood, bahawa harga siling BPT wajar dinaikkan kepada RM3.20 sekilogram bagi menjaga masa depan semua pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahad lalu, kerajaan mengumumkan akan meneliti syor agar harga siling BPT dinaikkan bagi menjaga masa depan semua pihak dalam rantaian pengeluaran bahan makanan itu, terutama pesawah.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, syor itu akan dibincangkan kementeriannya bersama-sama Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi.

Advertisement

Ia susulan KPB mendapati harga siling BPT RM2.60 sekilogram ketika ini menyebabkan berlakunya longgokan padi tempatan berikutan pengilang tidak lagi berminat meneruskan pembelian beras kerana harga yang rendah.

Sementara itu, Swee Huat berkata, cadangan tersebut diharap dapat dipertimbangkan kerajaan dan dilaksanakan secepat mungkin.

“Polisi yang telah mengikat harga siling BPT selama lebih 15 tahun sejak 2008 harus diselaraskan semula bagi menyelesaikan kesusahan semasa pesawah, pemborong, penjual beras dan pengguna.

“Hanya dengan mengkaji semula dengan cepat kita dapat mengatasi masalah yang timbul terhadap pasaran beras putih semasa, dan juga boleh mencapai situasi menang-menang untuk semua pihak,” katanya.

Beliau pada masa sama meminta Mohamad agar dapat melaporkan keadaan sebenar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi melaksanakan peraturan baru penyelarasan harga siling BPT secepat mungkin.

Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending