Terkini
Sabah tidak dibenar import beras sendiri
Kerajaan setakat ini belum membenarkan Kerajaan Sabah mengimport sendiri beras bagi mengimbangi bekalan dan harga makanan itu.

- Kerajaan setakat ini belum membenarkan Kerajaan Sabah mengimport sendiri beras bagi mengimbangi bekalan dan harga makanan itu.
- Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ini kerana pihaknya masih yakin dasar pengimportan beras yang sedang dilaksanakan ketika ini, adalah kaedah terbaik dalam menangani cabaran semasa dan mendatang.
- “Ini kerana dasar pengimport utama menjadi mekanisme yang berfungsi sebagai benteng untuk melindungi industri padi dan beras tempatan daripada terdedah kepada ketidaktentuan kedudukan pasaran antarabangsa,” katanya dalam jawapan bertulis yang dimuat naik pada laman web Parlimen, semalam.
KUALA LUMPUR: Kerajaan setakat ini belum membenarkan Kerajaan Sabah mengimport sendiri beras bagi mengimbangi bekalan dan harga makanan itu.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ini kerana pihaknya masih yakin dasar pengimportan beras yang sedang dilaksanakan ketika ini, adalah kaedah terbaik dalam menangani cabaran semasa dan mendatang.
“Dasar ini menjadi mekanisme utama yang memberikan keupayaan kepada negara menghadapi cabaran ketidakstabilan harga beras antarabangsa.
“Ini kerana dasar pengimport utama menjadi mekanisme yang berfungsi sebagai benteng untuk melindungi industri padi dan beras tempatan daripada terdedah kepada ketidaktentuan kedudukan pasaran antarabangsa,” katanya dalam jawapan bertulis yang dimuat naik pada laman web Parlimen, semalam.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Isnaraissah Munirah Majilis (WARISAN-Kota Belud) yang meminta penjelasan kerajaan adakah akan membenarkan Sabah mengimport sendiri beras bagi mengimbangi bekalan dan harga beras melalui pendekatan lebih rapi, berdasarkan landskap sosial serta keunikan geografi.
Bagi mengimbangi bekalan dan harga beras dalam konteks Sabah, Labuan dan Sarawak, Mohamad berkata, kerajaan bersetuju memberikan subsidi sebanyak RM950 bagi setiap tan untuk beras putih import (BPI) mulai 5 bulan lalu.
Melalui kaedah ini, beliau berkata, harga runcit BPI di kedua-dua negeri ini akan menjadi harga maksimum RM31 bagi 10 kilogram (kg).
Beliau berkata, langkah ini diambil memandangkan pengeluaran beras putih tempatan (BPT) di Sabah dan Sarawak adalah terhad, selain penduduk di kedua-dua negeri dapat menikmati harga BPI pada harga berpatutan.
“Berdasarkan perkara ini, sebarang keputusan mengenai perubahan dasar pengimport utama beras ini wajib mengambil kira kebajikan dan pendapatan pesawah, kestabilan serta jaminan bekalan makanan negara,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas